Download Percuma-Software,Games,Phone,etc!
Powered by Download-Home2u

Tuesday, September 16, 2008

16 Sept 2008

5 September: Semua komponen parti BN dari Sabah dan Sarawak isytihar keluar dari BN.

6 September: Semua komponen BN diSemenanjung keluar kari BN kecuali MCA dan MIC.

7 September: 10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke Pakatan Rakyat.

8 September: 5 Menteri dan Timbalan Menteri umum letak jawatan.

9 September: Sidang tergempar Parlimen.

10 September: Perdana Menteri mengumumkan perletakan jawatan.

12 september: Sidang tergempar mengusulkan DSAI membentuk ‘Caretaker Government’.

15 September: DSAI mengisytiharkan Pakatan rakyat sebagai Kerajaan baru.

15 September: 9.20 malam: DSAI mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

16 September: DSAI mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Di atas ialah retetan yang sepatutnya terjadi dalam proses untuk menukar kepada kerajaan anganan DSAI. Ianya tidak terjadi! Alhamdulillah. Harap2 ekonomi dan juga pasaran saham akan kembali melonjak selepas menurun kebelakangan ini.

Kenapa Anwar buat macam ni? I mean, dia suruh isteri dia letak jawatan Ahli Parlimen, then suruh suami bertanding, then menang. OK. Cukup la. I mean, dia menang, tepuk tangan, masuk parlimen, angkat sumpah, then duduk kat kerusi tu. Bermesyuarat. Tapi yang terjadi terbalik.

Imagine: Orang minat kat anak kita, datang meminang, then kahwin. Masuk rumah kita, paksa kita keluar. Gila apa?

Jadilah gentleman. Masuk parlimen. Amik giliran bercakap. Tahun 2012 nanti, bertanding, berkempen, dan kalau betul betul menang, jadilah PM. Jangan la main redah masuk rumah dan declare jadi bos.

Bercita - cita tinggi nak jadi PM, tapi niat sebenarnya meragukan. Ada orang besar yang tarik diri dari bertanding sebab tak cukup masa untuk memikul tanggungjawab. Tapi sebaliknya terjadi kepada DSAI.

Bayangkan kalau PR menang. Dalam Parlimen akan kurang ahli parlimen Islam. Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang kata orang melayu takder lagi hak istimewa. Agama lain boleh disebarkan, sapa nak murtad dibenarkan atas prinsip kebebasan manusia. Prinsip samarata akan dibuat ke atas semua rakyat malaysia. UiTM dibubarkan. Sokong sokong, kemudian rentung.

Pasni malaysia boleh jadi macam singapore. Hebat dan maju. Makin lama peratus penduduk Melayu makin kecut. India makin bertambah. Melayu seorang menteri saja. India 4 orang termasuk Timbalan Perdana Menteri. Asalnya Melayu. Sekarang Cina. Bukti depan mata, tapi kita ikut mata buta kita.

Dalam seteruk teruk kerajaan sekarang, masih banyak benda yang baik. Lagi banyak sebenarnya. Nak jadi macam Timur Loste?

Kenapa perlu DSAI buat macam tu? Kenapa perlu PAS sokong PR sedangkan Karpal Singh cakap langkah mayat dia dahulu kalau PAS nak laksanakan hukum Islam. Kuat ke PAS kalau PR menang? Better PAS dgn UMNO bersatu.

PAS dan UMNO memang takkan bersatu. Letak pulak perasaan kita sebagai orang Cina and India. Mesti terasa mereka akan terus disisihkan. right? Melayu sesama melayu…. yg lain ditinggalkan. Rasanya lagi teruk negara ni nanti.

Sistem 2 parti macam sekarang ni bakal terbentuk, tapi PAS dan DAP perlulah cari dulu asas yang betul betul sepakat. Mungkin PAS boleh katakan pisahkan Islam dan Melayu dulu. Perbetulkan cacat cela kat situ dulu. Tak semestinya terus nak buat undang2. Terus nak kuatkuasakan undang undang Islam. Rasanya tak adil la camtu. Kita akan terasa seperti perubahan yang terlalu ketara. Jika PAS boleh terima cara ni dulu, DAP juga kurangkan sikit pengaruh sosialis dan sekularnya, rasanya kita boleh. Bukan bermaksud mereka kena tinggalkan asas perjuangan mereka tu, tapi…. mengendurkan sedikit dahulu dan tidak kelihatan ketara. Lepas tu, baru masuk sikit sikit. Sikit sikit walaupun 50 tahun lamanya lagi.

Itu kunci pakatan sebenar. KERJASAMA. PAS sekarang pun tak habis habis nak menegakkan undang undang Islamnya sahaja. Takde cadangan lain yg boleh membetulkan keadaan balik. Hanya bantah itu ini saja. Macam konsert Avril Lavigne tu, tak habis habis nak demonstrasi. Kalau tak setuju, berilah cadangan lain atau buat konsert lain selepas tu. Yang dah diluluskan biarkan dulu. Bantah tak habis habis. Bukan bermakna mengalah, tapi buat slow slow. Ini tak pasal pasal PAS nampak ekstrem. Ini ke imej yg mereka nak bina?

Nampaknya. yang paling teruk kalau PR menang ialah industri Hiburan.

Kalau begini imej PAS nak bawak, rasanya sama saja macam UMNO or parti parti BN yang lain. Semua berkisar atas nama sentimen. Nak menegakkan perkara betul kena la ikut cara yg betul. Semua yg berlaku semuanya dipolitikkan. Itu yang rakyat rasa menyampah. Politik diibaratkan dipisahkan dengan orang biasa. Mereka lupa rakyat yang pilih kerajaan. Bukan ahli politik.

PKR perlu menyakinkan rakyat dahulu. Bukan sekadar draf atau kerjasama bersama dlm pakatan rakyat (PR). Mereka perlu YAKINKAN rakyat dahulu yang PR itu BN. Barulah buat perubahan cucuk pimpinan negara walaupun sebelum pilihanraya.

16 september masih dianggap satu sentimen. Permainan sentimen ini salah dan kerajaan yg dibentuk tak akan kekal lama. Buktinya juga depan mata: UMNO bersalah bermain sentimen peribadi, sentimen agama, sentimen bangsa, perlu dijadikan contoh kepada PKR.

kita bukan meminta suatu kerajaan yang PERFECT segala-galanya, tapi at least berdasarkan moral dan pemikiran yang betul pada mata rakyat. terutamanya RAKYAT BIASA.

Kita patut bersyukur pada kerajaan sekarang. Apa lagi yang anda inginkan? Harga minyak dunia naik, takkan kita nak harga tahun 1991 lagi? Alangkah baiknya kalau kita apungkan 100% harga petrol di Malaysia. Maksudnya, hari ini RM2.55, esok mungkin RM2.70 ataupun turun RM2.30… Macam main saham. Dan pagi2, kita dengar berita samaada harga minyak turun ataupun menongkok beberapa sen.

Baru semua orang terfikir: “Better beli minyak hari ni ke? or better beli esok. Or beli sekarang”. Seperti main saham la.

credit to syokkawin.com

0 comments:

Post a Comment

 

PENGIKUT SETIA

DISEBALIK

free counters Google PageRank Checker

BELACAN™ Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal