Download Percuma-Software,Games,Phone,etc!
Powered by Download-Home2u

Wednesday, October 29, 2008

Lebih 250,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah mengeluarkan 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari 2000 hingga Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pendaftar tidak boleh mencatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf iaitu anak-anak luar nikah, kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299.

“Bagaimanapun mengikut Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

“Ini bermakna pihak pendaftar boleh membuat siasatan bagi mendapat maklumat yang sahih bagi tujuan pendaftaran ke atas setiap kelahiran,” katanya menjawab soalan R Sivarasa (PKR-Subang). - Bernama

article from bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

 

PENGIKUT SETIA

DISEBALIK

free counters Google PageRank Checker

BELACAN™ Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal