Download Percuma-Software,Games,Phone,etc!
Powered by Download-Home2u

Wednesday, March 11, 2009

RAHSIA BOMOH PALSU


Bomoh...oh bomoh..cukup sinonim di kalangan masyakat Malaysia terutama nya Melayu.Ada yang percaya dan tak percayakan bomoh ni.Asal kena sampuk,demam tak kebah2,santau,kena sihir,nak nombor ekor dan lain2 lagilah mesti kena jumpa bomoh.Ada sesetengah yang kata"sekarang ni mana logik dah nak pakai bomoh,dah moden".
Percaya atau tak terpulang pada pendirian masing2.Tapi dalam Islam tidak ada istilah bomoh-bomoh ni.Tapi sekarang ni banyak bomoh yang menggunakan alasan dia berubat guna ayat2 suci Al-Quran,dan secara otomatik org dah tak gunakan istilah bomoh,diorg tukar Ustaz.
Ntahlah aku nak explain pun aku tak ler pandai sgt dalam ilmu ni.Tapi di sini aku nak bagi sikit tentang rahsia ynag mungkin digunakan sebahagian Bomoh2 palsu yang banyak di Malaysia ni demi kepentingan diri sendiri untuk mengambil kesempatan dan cara mudah nak cari duit.


1.Teknik Telur Berdarah
Hujung telur ditebuk dgn jarum dan dikeluarkan sedikit isi sebelum disuntik dengan pewarna merah.Tutup lubang semula dgn lilin dan ada juga yang masukkan pasir atau helaian rambut kononnya ia muntah daripada buatan orang.
2.Teknik keluarkan nombor ekor dari sampul.
Ambil limau nipis,cucuk dgn pengcungkil gigi dan tulis di penutup sampul surat itu dikeringkan dan dilipat di dua penjuru sebelum dipecahkan sebiji telur ayam.Kemudian lipat penutup sampul surat dan buka kembali untuk melihat nombor ekor muncul.
3.Teknik Perkataan muncul di Pinggan
Cucuk bawang putih dengan lidi dan tulis perkataan tertentu di atas permukaan pinggan.Bakar sedikit kertas dan gosok abu pada permukaan pinggan tadi.Dan hasilnya tertera perkataan di permukaan pinggan tadi.
4.Teknik Sentuh Minyak Mendidih.
Panaskan minyak kelapa bersama cuka dalam kuali.Ambil sedikit minyak itu dari permukaan yang mendidih.Tuang minyak tadi di atas kulit dan tubuh seumpanma menyentuh minyak yang menggelegak.

credit - kosmo online.

2 comments:

Admin on March 13, 2009 at 1:03 AM said...

teknik yang no1 tue teknik fav. cakra alam

dah kaya dia dengan menipu orang ramai

http://www.Aku-Sempoi.blogspot.com/
http://www.KerjaOhKerja.blogspot.com/

Bebo on March 13, 2009 at 10:04 PM said...

yer..memang,malaysia malu dengan terbongkar nya rahsia cakra alam.dah la tu,ia di jelas terang2 oleh pihak luar bahawa semua rahsia tu adalah penipuan semata2.

anyway tq akusempoi..

Post a Comment

 

PENGIKUT SETIA

DISEBALIK

free counters Google PageRank Checker

BELACAN™ Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal