Download Percuma-Software,Games,Phone,etc!
Powered by Download-Home2u

Wednesday, June 10, 2009

Menjejak Sejarah Hitam Chin Peng


China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung. Semasa berusia 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpen­didikan Barat, Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan.

Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnyajelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu pada 1941.

Pada 1940, ketika berusia 18 tahun, Chin Peng diterima menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu cabang Parti Komunis China di seberang taut. Dia turut menyertai Force 136, pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu.

Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti JapaneseArmy, sebuah pasukan gerila menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan M16) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi mem­perlengkapkan Force 136 dan MPAJA.

Tentera MPAJA pemah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran tebing Pasir Salak pada 1942. Selepas Perang Dunia Kedua, beberapa pihak yang berfahaman radikal dalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan menjadi tali barut British.

Mereka turut membunuh pemimpin tempatan seperti penghulu dan imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan. Selain itu, puak radikal dalam MPAJA cuba merampas pentadbiran terutamanya di selatan Tanah Melayu. Tindakan puak yang didakwa radikal tidak pernah disekat oleh MPAJA. Tindakan puak radikal MPAJA ini telah menim­bulkan kemarahan orang Melayu. Mereka bangkit menentang komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat tindak balas orang Melayu, Parti Komunis Malaya gaga) merampas kuasa, malah terpaksa meminta campur tangan Tunku Abdul Rahman Putra mententeramkan orang Melayu yang bangkit ketika itu. Apabila British kembali berkuasa dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan Bintang Tiga gaaal mengembangkan pengaruh mereka.

Akibat kegagalan Bintang Tiga meram­pas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan peletakan senjata di samping pembayaran saguhati kepada gerila terbabit.

Atas jasanya menentang pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal'Order of the British Empire' kerana sumbangannya memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tekad sebenar Chin Peng ialah untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan.

Ketika berusia 23 tahun, Chin Penn dilantik sebagai Setiausaha Agung PKM menggantikan Lai Tek yang telah dibunuh di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang PKM. Di bawah pimpinannya, PKM semakin agresif dan militan. Mereka bertindak ganas menyerang ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik British di Tanah Melayu. Lantaran itu, ahli PKM menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kerana PKM langsung tidak diterima masyarakat Melayu.

PKM juga tidak mengamalkan athiesme. Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan agama itu adalah candu manusia, namun pada waktu itu beberapa pemimpin PKM masih teguh pegangan agama, seperti Rashid Maidin, Abdullah C.D atau Suraini Abdullah.

Mereka tetap mendidkan solat lima waktu seperti dituntut oleh Islam walaupun berjuang di dalam hutan. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin seorang yang warak dan memiliki ilmu agama yang tinggi, malah beliau juga mengajar cucunya dan anak-anak kampung membaca al-Quran dan tajwid. Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit melancarkan perang saraf melalui media massa meminta masyarakat Melayu supaya bangun menentang PKM kerana pertubuhan itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang Melayu selepas Perang Dunia Kedua clan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat tidak berdosa menyebabkan ramai Melayu bend komunis.
Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat.

Perjuangan komunis tidak boleh dianggap untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Akibat kekurangan sokongan, Chin Peng meminta rundingan diadakan. Maka Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM clan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agardibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.

Dengan keengganan PKM berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 310gos 1957 di Stadium Merdeka tanpa PKM. PKM yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan sehinggakan kadangkala tersingkir dari Malaysia khususnya di sempadan Malaysia-Thailand. Setelah keruntuhan komunis di Rusia clan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur pada 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.

Selepas 1989, tiada lagi perjuangan bersenjata. Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Bagaimanapun, pemimpin utama PKM seperti Chin Peng dan Rashid Maidin hanya dibenarkan menetap di sebuah perkampungan khas di Yala, Thailand. Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar diterima pulang ke Malaysia.

Hasrat Chin Peng mahu kembali ke Malaysia ditentang hebat ramai sanak saudara mangsa kekejaman PKM termasuk polis dan tentera yang cedera clan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng orang yang bertanggung­jawab dengan kegagalan Rundingan Baling kerana berkeras menuntut agar PKM diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.

____________________________________________________________

Apa Muslihat Chin Peng?

FILEM Bukit Kepong lakonan dan arahan Tan Sri Jins Shamsuddin yang berulang kali ditayangkan di TV jelas menggambarkan kekejaman komunis. Sesiapa yang menonton filem itu pasti mendidih perasaan marah terhadap komunis.
Bagi rakyat yang waras, tidak ada siapa sanggup memaafkan segala dosa dan kekejaman komunis yang tidak berperi kemanusiaan itu. Serangan PKM terhadap Balai Polis Bukit Kepong itu bertujuan mahu mengajar penduduk negara ini agar tidak memusuhi komunis. Itulah padahnya jika tidak memberi kerjasama kepada komunis. Tragedi pada Subuh 23 Februari 1950 itu berakhir dengan tragis dalam penyembelihan berdarah yang membunuh hampir semua anggota polis clan ahli keluarga mereka di balai itu.

Semua rakyat maklum, tokoh yang memandu segala kekejaman komunis ialah Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan. Di tangan Chin Peng berbagai siri serangan clan pembunuhan terhadap polis clan anggota tentera dilakukan. Di tangan Chin Peng juga rakyat tidak berdosa disembelih seperti haiwan. Komunis Bintang Tiga sempat memerintah Tanah Melayu selama 14 hari dan selama itu rakyat hidup penuh kesengsaraan. Sudah tentu penderitaan ini tidak mudah dilupakan.

Kini, tokoh kekejaman itu berhasrat pulang ke Malaysia clan dia memohon proses perundangan melalui mahkamah untuk melaksanakan hasratnya. Paling menyedihkan, ada rakyat negara ini seperti mengalu-alukan hasrat bekas tokoh komunis itu. Malah ada tokoh komponan Barisan Nasional (BN) selaku parti pemerintah negara ini menyokong hasrat ini. Tidakkah pelik dan menghairankan!

Kita tidak faham kenapa masih ada tokoh negara ini masih bersimpati dengan penjenayah paling kejam itu. Kalau di negara lain, termasuk Vietnam dan Kemboja, setiap penjenayah perang seperti Chin Peng dikenakan hukuman bunuh, bukannya disambut kepulangannya ke tanah air. Isu yang dimainkan oleh beberapa pihak sekarang kenapa Chin Peng dilarang pulang sedangkan beberapa bekas pemimpin PKM seperti Musa Ahmad clan Shamsiah Fakeh diterima kembali ke pangkuan keluarga mereka.

Jawapannya mudah, baik Musa atau Shamsiah, mereka awal-awal lagi menyatakan keinsafan selain mematuhi segala syarat yang dikenakan kerajaan. Sebaliknya, Chin Peng clan beberapa orang kanannya enggan mematuhi syarat pengampunan yang ditawarkan ketika Rundingan Hat Yai pada 1989 dulu.
Ketika pintu keampunan dibuka beliau menolak dengan angkuh, kini setelah pintu kemaafan dikunci rapat tiba-tiba pula beliau berhasrat membukanya kembali. Tentulah mustahil hasrat itu dapat dipenuhi. Lagipun kekejaman yang dilakukan Chin Peng melampaui batas clan sukar dimaafkan oleh rakyat yang cintakan keamanan.

PKM atau Chin Peng amat bijak bersandiwara. Ketika Jepun menceroboh Tanah Melayu pada 13 Januari 1942, PKM membantu British menentang Jepun melalui perjanjian pada 8 Disember 1940. PKM sebenarnya mahu mengambil peluang membalas dendam terhadap Jepun yang menyerang Tanah Besar China.
Hasil berbaik dengan British menerusi MPAJA itu ada muslihatnya. Hasilnya, komunis mendapat berbagai bantuan seperti senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik clan perubatan. Dalam tempoh tiga tahun saja kekuatan tentera MPAJA dianggarkan 7,000 anggota. Tidak hairanlah apabila darurat berlaku British dan anggota keselamatan berhadapan tugas paling sukar menghapuskan komunis yang telah dilatih untuk berperang. Parti Kuomintang dari China sebenarnya memainkan peranan penting menyebarkan fahaman komunis ke Tanah Melayu. Apabila cawangan Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British, golongan komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada 1930, kemudian mereka menubuhkan pula PKM.

PKM kononnya ditubuhkan untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu, tetapi matlamat sebenar mereka mahu menubuhkan Republik Komunis.
Walaupun darurat dapat dihapuskan clan anggota PKM bersetuju meletak senjata melalui Perjanjian Damai Hat Yai pada 2 Disember 1989 yang ditandatangani di Hotel Le Garden di antara PKM dengan Kerajaan Malaysia can Kerajaan Thailand, namun luka angkara komunis tetap meninggalkan parutnya di tubuh rakyat negara ini.

Parut yang masih berbekas itu sentiasa mengingatkan kita terhadap kekejaman komunis yang tidak mengenal batas kemanusiaan. Apakah mudah kita menerima ketua komunis itu kembali ke pangkuan masyarakat negara ini? Jawapannya ada tertulis dalam kalbu anda! Kita bimbang jika Chin Peng diterima kembali ke pangkuan masyarakat ia boleh mencetuskan suasana huru-hara di kalangan keluarga mangsa kekejamannya.

Lebih kita takuti jika kepulangan Chin Peng nanti disambut sebagai wira oleh golongan yang buta sejarah. Jika ini berlaku sudah tentu virus komunis yang sudah lumpuh itu akan bernyawa semula.


Sumber:
orangkampong.blogsport.com

0 comments:

Post a Comment

 

PENGIKUT SETIA

DISEBALIK

free counters Google PageRank Checker

BELACAN™ Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal