Download Percuma-Software,Games,Phone,etc!
Powered by Download-Home2u

Sunday, August 30, 2009

Canon 500D tepati citarasa


BAGI penggemar seni fotografi, nama Canon sudah sinonim dengan kekuasaan kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) yang menjadi kegemaran pengguna peranti terbabit.

Tidak hairan, model terkini Canon iaitu EOS 500D bertepatan dengan kehendak dunia fotografi yang memerlukan kualiti terbaik dalam merakam imej menarik untuk tatapan di kemudian hari.

Mengikut pengamatan penulis, model Canon EOS 500D bersesuaian untuk disasarkan kepada jurugambar profesional dan kasual, sama seperti rangkaian model EOS yang diperkenalkannya sebelum ini.


Namun, kalau anda ada sedikit pengetahuan fotografi, ia sudah cukup untuk menjalankan operasi kamera DSLR ini memandangkan model terbabit mempunyai mod automatik.

Model yang dilancarkan sempena ulang tahun ke-50 Canon dalam teknologi DSLR itu didatangkan dengan pengesan 15.1 megapiksel serta keupayaan merakam video definisi tinggi (HD).

Penulis menguji keupayaan rakaman video berdefinisi tinggi terbabit dan hasilnya cukup memuaskan walaupun pergerakan gambar sedikit bergegar.

Canon EOS 500D ini juga dilengkapi teknologi pemproses imej DIGIC 4 yang menghasilkan rakaman tepat, perincian yang kemas, imej berkualiti tinggi dan pencahayaan hidup.


Ia membolehkan kawalan kreatif kepada jurugambar selain mudah dikendalikan pengguna amatur.

Canon EOS 500D dilengkapi teknologi terkini mampu mengambil gambar dengan kepantasan 3.4 rangka sesaat walaupun mempunyai muatan pemproses tinggi untuk merekod imej 15 megapiksel.

Berbanding prestasi model sebelumnya, pencahayaan model ini dipertingkatkan dengan menambah baik pengimejan di bawah pencahayaan rendah.

Penulis mengagumi keupayaan Canon EOS 500D yang ditampilkan dengan standard ISO, yang mana ia mampu menangkap gambar sehingga mencapai standard ISO 12800.

Selain itu, model EOS terbaru ini turut dilengkapi teknologi pengurangan kebisingan yang menepati piawaian ISO dan boleh ditetapkan kepada bunyi standard, rendah, tinggi atau senyap.

Antara ciri-ciri terbaik model ini termasuk autofokus dengan sembilan penetapan, pengukur titik dan skrin LCD Clear View seluas tiga inci.

Di samping itu, berat kamera EOS 500D tidak membebankan bersesuaian untuk dibawa ke mana saja tanpa perlu memikirkan masalah biasa yang menyelubungi penggemar DSLR sebelum ini.

Contoh Gambar yang di ambil menggunakan Canon Eos500D

(Cambar dari : http://www.flickr.com/photos/loll26/3557706791/)

(gambar dari : web.canon.jp)


>Spesifikasi

PRODUK: Canon EOS 500D

HARGA: Kira-kira RM3,600

PENGELUAR: Canon Inc

PERTANYAAN: Canon Marketing (M) Sdn Bhd

TELEFON: 03-7844 6000

LAMAN WEB: www.canon.com.my

>Komen

KESELURUHAN: ****

REKA BENTUK: ****

INOVASI: **** 1/2

DOKUMENTASI: *** 1/2

NILAI WANG: ****


sumber:harian metro

0 comments:

Post a Comment

 

PENGIKUT SETIA

DISEBALIK

free counters Google PageRank Checker

BELACAN™ Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal