Download Percuma-Software,Games,Phone,etc!
Powered by Download-Home2u

Thursday, August 13, 2009

INFO-DEMAM DENGGI


Dunia sekarang begitu sibuk dengan gejala H1N1 yg telah mengorbankan banyak nyawa disetiap pelusuk negara termasuk malaysia yg kini telah mencecah angka kematian 44org (ketika post ini).Banyak info2 dan cara mencegahnya telah dinyatakan dlm byk blog2,website dlm internet.Tp disini bukan nak dikisahkan pasal H1N1 nih,tp satu wabak yg tenggelam sekejap dek hiruk pikuk H1N1 nih iaitu Denggi.Satu wabak yg patut digeruni kerana ia boleh membawa maut jika tidak dicegah dan dirawat dengan lebih awal sekiranya dijangkiti.Disini belacansedap ingin memberikan sedikit info berkaitan dengan Denggi nih yg terkenal dengan nyamuk Aedes sebagai punca penyakit ni merebak.

Apa itu demam denggi?

Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk Aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.

Tanda dan gejala
Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

  • Demam panas.
  • Sakit kepala.
  • Sakit tulang belakang.
  • Sakit sendi-sendi.
  • Loya dan muntah-muntah.
  • Sakit biji mata.
  • Ruam..

Komplikasi

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?

Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:

  • Mudah lebam.
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi.
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut.
Apakah rawatan untuk demam denggi?

Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Pencegahan

Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :

1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk

  • Membuang bekas yang boleh menakung air.
  • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup.
  • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir.
  • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik.

2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk.

3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti:

  • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup.
  • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk.
  • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah.
  • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup.

credit : http://www.myhealth.gov.my

0 comments:

Post a Comment

 

PENGIKUT SETIA

DISEBALIK

free counters Google PageRank Checker

BELACAN™ Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal