Download Percuma-Software,Games,Phone,etc!
Powered by Download-Home2u

Friday, August 21, 2009

Tips Bateri Notebook(Laptop) Tahan Lama



Notebook(laptop) sekarang sudah menjadi gadget wajib bagi individu moden dan merupakan 'mobile' yg selalu memudahkan fleksibiliti tinggi.Notebook juga merupakan keperluan dari tuntutan gaya hidup profesional yg sgt membantu aktiviti harian masing2.

Ternyata semua sudah tahu akan keupayaan dan fungsi notebook dan pentingnya ia untuk dijaga dengan rapi dan komponen2nya dapat bertahan lama.Walaupun para pembeli telah dibekalkan dengan manual tentang cara2 menjaganya tetapi berapa ramai yg membacanya.Dengan itu banyaklah kedengaran seperti bateri cepat habis,board terbakar@cepat panas bahkan terbakar.

Berikut adalah tip-tip untuk menjaga supaya bateri notebook tahan lama:-

  1. Jangan gunakan bateri atau charger yg tidak sesuai @ sepadan.Gunakan bateri n charger yg original yg dibekalkan sekali.Jika tidak pasti hubungilah pihak pengeluar atau servis centre untuk memastikan nya.
  2. Bateri notebook akan menjadi panas dlm pemakaian normal sekalipun.Jadi jangan gunakan notebook sambil diletakkan atas pangkuan atau peha.
  3. Ketika menggunakan notebook,elakkan meletakkan notebook dipermukaan yg lembut atau empuk seperti sofa,kusyen,tilam,karpet dll.Kerana permukaan yg lembut akan menghalang aliran udara dibahagian bawah notebook dan menghindari notebook dari cepat panas.
  4. Elakkan terjadinya kedudukan yg longgar pada bahagian slot bateri dengan bateri.Jika terdapat ruang longgar letakkan atau lapikkan dengan sebarang objek metal seperti pin kertas,syiling dll.
  5. Elakkan dari terjatuh atau terhimpit benda berat di atas bateri dan notebook sendiri.Kerana ia akan menyebabkan litar letrik dlm bateri menjadi hubungan arus pendek yg kemudian akan menyebabkan notebook menjadi terlalu panas.
  6. Jangan letakkan notebook di kawasan yg sgt panas seperti bawah terik matahari,dalam kereta terlalu lama yg diletakkan di tempat terbuka di siang hari.
  7. Jauhi dari terkena air atau menjadi basah pada bateri ataupun notebook sendiri.Walaupun ia kembali kering dan berfungsi normal tetapi komponen bateri atau notebook akan menjadi karat dan akan membahayakan pengguna.
  8. Pastikan anda memahami cara menggunakan,menyimpan dan mengecas bateri dari notebook seperti yg tercatat dalam manual yg disediakan.
Ini lah sebahagian tip2 bagi memudahkan anda menjaga notebook dan baterinya.terdapat berbagai lagi tips2 di internet yg menyatakan lebih lanjut untuk menjaga supaya gadjet ini tahan lama dan menjimatkan kos kerana mengelakkan berlaku perkara yg mengakibat kerosakkan.


0 comments:

Post a Comment

 

PENGIKUT SETIA

DISEBALIK

free counters Google PageRank Checker

BELACAN™ Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal