Download Percuma-Software,Games,Phone,etc!
Powered by Download-Home2u
Showing posts with label Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Akhbar. Show all posts

Monday, September 6, 2010

TERKINI:PERMOHONAN MAAF DARI TV3 BERKENAAN VIDEO IKLAN TERLAMPAU





TGK LAH SENDIRI VIDEO NIH....



KOMEN AKU..MMG TAK PATUT DIORG WAT IKLAN CAMNI...DLM TV3 SENDIRI RAMAI YANG CELIK AGAMA....TAKKAN TAKDAK LANGSUNG MAIN PERANAN...JANGAN SAMPAIKAN IDEALOGI SESEORANG YG MENJULANG SLOGAN 1 MALAYSIA KITA NAK SAMAKAN DENGAN PERAYAAN AGAMA KITA...NAK JADIKAN 1 RAYA...BOLEH..TP JGN LA SAMPAI CAMPURADUKKAN NGN PERAYAAN AGAMA LAIN..BUAT JE MCM SEBELUM NI...SAMA2 MERAYAKAN...BUKAN MCM IKLAN TU....ADA PLAK BLEH NAIK BECA TERBANG...WALAUPUN DLM ANGAN...SBB INI AKAN MENGELIRUKAN BEBUDAK DAN SESAPE YG BARU NAK MEMAHAMI ISLAM...HRMM...BYK LG KALAU AKU NAK KOMEN...TP UDAH LER..LGPUN AKU TGH POSA...SABO2...BTW TQ TO TV3 KERANA MEMBUAT PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA DAN MENARIK BALIK IKLAN INI DARI DISIARKAN...HARAP BENDA MCM NI XBERULANG LG....SALAM LEBARAN...
Baca Lagi...

BERITA:PELAWAK YUSOF CHONG MENINGGAL


KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon veteran terkenal, Yusof Chong meninggal dunia di Hospital Selayang dekat sini, kira-kira 3.30 petang Ahad akibat komplikasi penyakit, termasuk sakit jantung dan darah tinggi.

Beliau berusia 63 tahun.

Allahyarham dirawat di hospital itu sejak lima hari lepas setelah mengalami komplikasi penyakit tersebut.

Anak ketiga Allahyarham, Ahmad Nuzul, 28, berkata kali terakhir beliau bertemu ayahnya kira-kira 1 petang tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

"Kali terakhir jumpa dengannya, ayah beritahu dia tidak akan sambut raya tahun ini bersama kami lagi.

"Sebelum ini, ayah menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah pada 22 Ogos lalu selepas mengadu sakit semasa dalam perjalanan pulang ke kampung di Jeniang, Sik," katanya ketika ditemui di kediamannya di Selayang Mulia, Batu Caves malam Ahad.

Ahmad Nuzul berkata berikutan kesukaran keluarga menziarahi Allahyarham, beliau memohon pihak hospital untuk memindahkan bapanya ke Hospital Selayang.

Allahyarham menghidap penyakit jantung sejak tahun 2000 yang memerlukannya kerap mendapatkan rawatan.

"Akibat penyakitnya itu, saya sentiasa menemani ayah dan mengikutnya ke mana-mana acara atau tempat ayah membuat persembahan," katanya.

Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai bapa yang periang, bertanggungjawab dan sangat mengambil berat perihal anak-anaknya.

"Memang sedih dengan pemergian ayah, terutamanya pada hari-hari akhir Ramadan. Namun kami sekeluarga redha kerana tuhan lebih menyayanginya," katanya.

Selain Ahmad Nuzul, Yusof meninggalkan empat lagi anak iaitu Zaliana, 32, Ita Zahirah, 30, Ahmad Shatri, 24, dan Siti Nurbaya, 20.

Isterinya, Zaleha Osman meninggal dunia pada 1994.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Ulu Yam selepas solat tarawih malam Ahad.

Sementara itu, presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata kematian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada industri hiburan negara.

"Ini satu perkara yang amat menyedihkan semua orang...beliau merupakan seorang pelawak yang telah mengharumkan nama negara, dan seorang yang berbakat besar dalam industri hiburan," katanya.

Allahyarham terkenal dengan lawak jenakanya yang sering meniru gaya beberapa tokoh negara. - BERNAMA

Baca Lagi...

Friday, July 16, 2010

INFO:PETROL,GULA,GAS LPG DAN MINYAK MASAK NAIK


Pelarasan subsidi kurangkan perbelanjaan RM750 juta tahun ini

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula berkuat kuasa hari ini sebagai langkah pertama Program Rasionalisasi Subsidi.

Penyelarasan semula harga barang itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta tahun ini dan mengimbangi defisit kewangan negara.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat ACPerdana Menteri, harga RON 95 dan diesel diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor, LPG (10 sen sekilogram), gula (25 sen sekilogram), manakala petrol premium RON 97 akan diapung secara terkawal.Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini juga paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini, katanya.

Kenyataan itu menjelaskan keputusan menyelaraskan harga bahan api dan gula itu dibuat berasaskan tiga perkara penting iaitu:

  • Semua subsidi ini tidak menepati sasaran ia juga memberi faedah kepada pihak yang tidak layak iaitu warga asing dan rakyat berpendapatan tinggi yang mampu membayar petrol tanpa subsidi.

    Subsidi gula berlebihan pula memberi faedah kepada industri dan bukan keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula digunakan sektor perniagaan berbanding isi rumah.
  • Barangan bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi menjadikan barangan itu paling murah di rantau ini. Tahun lalu saja, ramai penyeludup ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan gula. Diesel pula terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran.

  • Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha melindungi alam sekitar, manakala pengurangan penggunaan gula dilihat sebagai langkah tepat bagi menangani isu kesihatan kerana 40 peratus rakyat Malaysia berlebihan berat badan dan jumlah penghidap diabetes pula meningkat.


Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan kerana ia penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

sumber:bharian online
Baca Lagi...

Friday, July 9, 2010

INFO:Jenis wanita dielak lelaki


MEMAHAMI sifat dan sikap wanita adalah suatu topik yang dianggap sukar bagi kebanyakan lelaki. - Gambar hiasan.

SEMEMANGNYA sukar untuk mengenal hati budi seseorang sama ada lelaki ataupun wanita pada pertemuan pertama. Masa dan ruang amat diperlukan untuk memahami perasaan dan pandangan insan yang ingin didekati itu.

Tanpa komunikasi yang efektif, mungkin payah untuk seseorang meramal sifat atau perangai seseorang yang lain. Perbualan di telefon bimbit, penghantaran mesej ringkas atau e-mel sebenarnya belum cukup untuk memahami soal sikap dan sifat.

Ramai pasangan kekasih mengalami kesukaran seumpama ini pada awal perhubungan. Perasaan bimbang dan curiga mungkin boleh timbul apabila memikirkan tentang pilihan yang hendak dibuat.

Pesona Kosmo! minggu ini memberi panduan tentang beberapa sifat wanita untuk dijadikan panduan lelaki. pada masa yang sama, golongan wanita juga boleh bermuhasabah diri melaluinya.

Wanita manja

Wanita yang bersifat manja sering dilihat sebagai golongan yang suka bergantung harap dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi untuk berkahwin. Apa yang lebih merisaukan bagi wanita jenis ini adalah lelaki sukar untuk mengenal pasti sifat sebenar mereka apatah lagi untuk menjalin hubungan yang erat.

Pada awalnya, wanita ini akan berubah apabila ditegur tentang perangai manja dan sikap terlalu bergantung itu. Teguran tersebut lantas membuatkan wanita ini bersikap ultra berdikari demi membuktikan sebaliknya.

Walau bagaimanapun, apabila wanita ini mula menjalin hubungan dengan seseorang dan dia berasa selamat didampingi, maka akan wujud keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi si lelaki.

Wanita benci lelaki

Kebanyakan lelaki gemar memberi peluang kepada wanita jenis ini, malah berusaha menjalin hubungan dengan mereka kerana difikirkan lebih mencabar. Sifat wanita ini yang jauh berbeza berbanding wanita lain membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka.

Walau bagaimanapun, sifat mencabar dan pemarah ini juga kadangkala membuat ramai lelaki ragu-ragu meneruskan perhubungan yang lebih jauh seperti berkahwin dengan mereka.

Lelaki hanya suka bergaul dengan wanita jenis ini tanpa memikirkan sebarang komitmen. Jelas, wanita ini bukan untuk jangka masa panjang. Kalau ada pun, mungkin hanya fikiran jahat untuk menjalin hubungan asmara semata-mata.

Begitupun, wanita jenis ini memiliki sifat bersaing yang tinggi dan kadangkala boleh berkelakuan amat menggoda. Sebenarnya, sifat yang ditonjolkan wanita jenis ini adalah untuk melindungi dirinya daripada dilukai oleh lelaki.

Wanita karier

Lazimnya, ramai beranggapan bahawa golongan lelaki terancam dengan wanita berkarier atau berjaya. Sebenarnya, lelaki bukan berasa terancam untuk bersama wanita jenis ini. Sebaliknya, lelaki beranggapan bahawa wanita yang berjaya dalam kerjaya tidak memerlukan dampingan lelaki.

Kebanyakan wanita yang memiliki karier yang stabil telah pun membeli kereta dan rumah untuk diri sendiri. Mereka juga mempunyai kehidupan sosial yang menyeronokkan. Dalam senario ini, kehadiran seseorang lelaki dianggap tidak mampu memberi lebih daripada apa yang mereka miliki. Namun, ramai juga lelaki yang tertarik wanita jenis ini kerana dari segi kewangan, tidak akan bergantung sepenuhnya pada mereka.

Wanita banyak cakap

Mengikut perspektif lelaki, wanita yang banyak bercakap mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada persepsi yang mengatakan wanita menggunakan lebih daripada 1,000 perkataan setiap hari berbanding golongan lelaki. Namun, ia amat bergantung kepada topik perbualan seseorang individu.

Misalnya, apabila ada topik mengenai sukan maka lelaki lebih gemar berbincang tentang perlawanan, para pemain dan keputusan permainan. Sebaliknya, perbualan telah bertukar kepada topik feminin, fesyen, kosmetik dan kanak-kanak maka wanitalah yang akan banyak berkata-kata.

Selalunya wanita dituduh dengan istilah 'banyak cakap' itu kerana mereka suka berbicara tentang subjek yang digemari serta ingin berkongsi. Itu tidak bermakna si dia mulut murai.

Sumber:Kosmo Online

Baca Lagi...

Wednesday, July 7, 2010

INFO:MEMAHAMI HATI SEORANG LELAKI


BAYANGKAN senario ini. Pada satu hujung minggu yang indah, Jasmin dan Daniel bercadang untuk menonton wayang di pawagam berhampiran dengan kediaman mereka.

Pasangan kekasih yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja itu hanya berpeluang bersama ketika hujung minggu sambil pergi menonton wayang, berekreasi ataupun menikmati makanan di restoran kegemaran.

Seperti biasa, semasa menunggu giliran membeli tiket tiba-tiba mereka terserempak dengan Nadia, rakan pejabat Jasmin yang juga merupakan seorang model sambilan. Perwatakan cantik dan anggun Nadia itu tanpa disedari menarik perhatian Daniel.

"Kenapa asyik pandang Nadia? Awak rasa dia cantik?," persoal Jasmin.

"Saya rasa kawan awak itu cantik," jawab Daniel dengan ikhlas tanpa berselindung apa-apa. Namun, kata-kata Daniel itu mula mengundang masalah dalam perhubungan antara pasangan itu sebab Jasmin berasa kekasih mula tertarik dengan wanita lain.

Situasi seumpama itu hakikatnya sering berlaku dalam mana-mana perhubungan pasangan kekasih ataupun suami isteri.

Mungkin anda juga pernah mengalaminya. Dalam situasi tersebut, luahan ikhlas Daniel kepada Jasmin sebenarnya untuk memudahkan kefahaman bukan merumitkan lagi perhubungan.

Menurut Kaunselor Perhubungan di Universiti Missouri, Columbia, Amerika Syarikat, Glenn Good, lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan adakalanya lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir daripada kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan.

Kadangkala majoriti wanita berfikir lelaki yang berbohong tentang diri sendiri akan berbohong mengenai semua perkara lain. Maka, perasaan curiga akan menyelubungi jiwa sehingga memusnahkan perhubungan yang baik.

Sebenarnya memahami golongan lelaki bukan susah seperti yang disangka. Bagi kaum wanita yang bimbang dan menghadapi masalah dengan perkara itu Pesona memberi tip untuk anda memudahkan perjalanan cinta anda.

Suka membisu

Golongan wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan sedih sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki pula lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Apabila lelaki membisu bukanlah bermakna dia tidak langsung memikirkan hal tersebut, sebaliknya dia enggan memanjangkan atau mengeruhkan sesuatu situasi buruk. Jadi, wanita usah bimbang atau bersangka buruk bahawa pasangan anda tidak langsung mempedulikan anda.

Cukup sekadar meluahkan apa yang tersirat di hati tanpa perlu membebel panjang. Lelaki biasanya akan faham dan selesa dengan situasi itu.

Lelaki tidak kompleks

Apabila seseorang lelaki menunjukkan tanda bahawa dia menyukai wanita yang pandai menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan dan menghabiskan waktu intim bersama, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut inginkan.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif tetapi kebanyakan lelaki bersifat sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks dan sukar difahami sedangkan sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah sahaja.

Jangan paksa lelaki

Apabila seseorang wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jika tidak bertanya dan menyelidik perasaannya secara mendalam. Lebih baik bagi seseorang wanita itu membaca bahasa badan lelaki, lirik matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.

Pentingkan kejujuran

Sama seperti wanita, golongan lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika lelaki mengetahui kekasih atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara telus mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.

Kejujuran memang penting bagi lelaki. Seorang suami ingin isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum.

Hidup lelaki lebih mudah

Cara hidup lelaki lebih mudah berbanding wanita. Oleh sebab itu, lelaki sukar untuk memahami apabila sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk bahasa kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki memahaminya, sedangkan mereka lebih suka jika perkara itu disampaikan dalam bahasa yang mudah dan berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, lebih baik berbual secara terbuka kepada lelaki.

Sumber : kosmo online

Baca Lagi...

Monday, March 29, 2010

BERITA:HIDANGAN KAKI KATAK DALAM MI DI SEBUAH KOPITIAM TERKENAL


Kaki katak dalam mi goreng

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.

Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.

Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.

“Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.

“Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.

“Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini.

Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.

Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.

Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.

“Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

SUMBER : UTUSAN ONLINE




kredit to:http://www.muslimconsumer.org.my

p/s:dah tau kopitiam tuh bukan milik org Islam lg nak try....

for more info hanya 2 shj kopitiam kat m'sia nih yg ada sijil halal...lain2 wallahuallam..
Baca Lagi...

Friday, January 1, 2010

Harga Gula Naik 20sen mulai 01.01.10!!



PUTRAJAYA: Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram.

Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.

sumber:bharian online

naik..naik..naik...!!besar efeknya bila harga gula naik nih...huh!!

terfikir sejenak slogan 1Malaysia,Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan...

p/s:Selamat Datang 2010...
Baca Lagi...

Wednesday, December 30, 2009

Gambar:10 Haiwan Paling Berbisa Di Dunia

10. Puffer Fish(Info)


9. Poison Dart Frog(Info)


8. Inland Taipan(Info)


7. Brazilian Wandering Spider(Info)


6.Stonefish(Info)


5. Death Stalker Scorpion(Info)


4. Blue-Ringed Octopus(Info)


3. Marbled Cone Snail(Info)


2. King Cobra(Info)


1. Box Jellyfish(Info)
Baca Lagi...

Saturday, December 19, 2009

Memori Along Spoon

Dalam dok cari dan pikir2 apa entry untuk update blog Belacan nih...teringat satu nama yang dulu cukup top pada sekitar pertengahan 90-an iaitu Along Spoon.Hari ini genaplah 10tahun pemergian Arwah.Mesti ada antara pengunjung blog nih kenal sapa tu Along dari band Spoon yg terkenal dengan lagu mendayu2 diorg seperti 'Rindu serindu-rindunya' dan 'Memori sekuntum rindu'.Belacan ada terjumpa satu artikel mengenai kes Along Spoon nih dari blog OhArtis.com jadi biasaklah Belacan 'copy-paste' jerlah artikel nih..bukan maleh nak taip...cuma segan jer..hehehe..kredit to Mr.Khai dari Ohartis.com
-------------------------------------------------------------
Pejam celik pejam celik, dah hampir 10 tahun Along Spoon meninggalkan kita semua. Kami percaya sesiapa yang membesar di pertengahan tahun 1990-an pasti tidak dapat melupakan nama ini. Masa tu memang sedih bila nengok Buletin Utama bila ibu kandung Along tetap percaya yang anaknya masih hidup dan akan kembali suatu hari lagi sedangkan DNA mengesahkan yang mayat tersebut sememangnya Along. Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik yang ketika itu berusia 19 tahun, telah ditemui mati di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999. Along dibunuh ditempat lain sebelum mayatnya di buang di dalam gaung tersebut.


Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya’cob dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja. Masihkah anda ingat mengapa Along dibunuh? Kami tidak mahu sebutkan kerana menghormati orang yang sudah tiada.


Along dan kumpulan Spoon meletup pada ketika itu dengan lagu seperti Rindu Serindunya dan Memori Sekuntum Rindu kini hanya tinggal kenangan, tetapi lagu-lagu’nya masih segar di hati peminat. Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada Along iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi kehebatan vokal Along.

Kami ada mengambil beberapa komen dari peminat di laman web youtube baru-baru ini.

tingat mase dpt brita along dibunuh.. aku mnangis bagai nak rak.. aku simpan pic arwah n buat 1 buku.. tp buku ntah mane aku letak.. btw.. Al Fatihah – missnooi

sedih giler bila tau dia meninggal. time bulan puasa lak 2.lagi berapa hari nk raya. MAMPUS lah PEMBUNUH 2 – sokmo22

biarlh walaupun along dh pegi mninggalkan kite,tp bisanya tetap dlm hati msing2…pmbunuh yg mmbunuh along dh pun ditgkap dn sdg mnjalani hukuman…cuma tggu hukuman bunuh je skang ni..alfatihah.. – kirantomarcelo

ermmm aku minat giler ngan along spoon ni
fanatik sangat giler ngan dia…..
aku cam tak leh nak terima along hilang n dijumpai mati dalam guni kat gaung
huhuhu tragis betul kematian dia erkkk
yang sedihnya mak ayah dia tak leh nak terima dia meninggal dunia…sejak dari hari tu aku dah tak minat mana2 lagi artis yang ada …..sedih sgt coz along pergi terlalu awal…..
ape2pun semoga rohnye dicucuri rahmat…
AL-FATIHAH…. – Maizatulazura

ku rindu kan suara along – bukitchawi84

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengajak anda semua menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham Sabi’ul Malik. Jika arwah masih hidup ketika ini, arwah sudah berusia 29 tahun yang sudah tentu arwah akan terus berkarya dan memberi sumbangan kepada dunia hiburan kita. Mungkin juga akan wujud artikel di Oh! Artis mengenai perkahwinan Along atau something menarik yang dapat dikongsi bersama peminat.

Along, damailah engkau di sana. Frankly sepaking, kami amat merindui kenangan ketika Spoon megah di persada industri hiburan negara ini suatu ketika dulu.

Keratan Akhbar untuk flashback anda.

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi yang menyabit dan menjatuhi hukuman gantung terhadap seorang lans koperal atas tuduhan membunuh penyanyi kumpulan Spoon tidak sepatutnya menerima percakapan beramaran anggota polis itu sebagai keterangan.

Peguam Markhan Singh yang mewakili tertuduh Mohamed Ya’cob Demyati berkata, Mahkamah Rayuan perlu menolak percakapan beramaran anak guamnya kerana ia mengandungi perkataan yang tidak sepatutnya diterima sebagai keterangan.

Katanya, perkataan itu juga tidak merujuk secara khusus kepada fakta kes, sebaliknya ia digunakan untuk mengaitkan Mohamed Ya’cob, 42, terhadap pertuduhan.

Markhan Singh berhujah dalam rayuan anak guamnya terhadap hukuman mati dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Seremban, 10 April 2002, terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along.

Beliau berkata, tindakan mahkamah menerima percakapan beramaran anak guamnya yang mengandungi perkataan “Mayat Along yang saya isi dalam guni telah saya campak ke tepi jalan ke Kuala Klawang dan saya setuju tunjukkan tempat itu” prejudis anak guamnya.

Katanya, berdasarkan kepada urutan gambar tempat kejadian yang dirakam jurugambar, polis terlebih dulu mengetahui tempat mayat Along ditemui sebelum keterangan mengenai kawasan itu diperoleh daripada Mohamed Ya’cob.

“Walaupun mengetahui dulu lokasi mayat, polis menggunakan Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 untuk mengaitkan Mohamed Ya’cob dengan pembunuhan bagi menunjukkan seolah-olah dia yang membawa mereka ke situ,” katanya.

Mohamed Ya’cob dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999.

Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu-Rindunya dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 dan polis menjumpai rangka manusia dipercayai penyanyi itu, yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang, 6 Januari 2000.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Wan Adnan Muhamad dan Datuk Ahmad Maarop akan mendengar hujah pendakwa raya hari ini.


Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh dihadapkan ke tali gantung baru-baru ini. Nyawa dibalas nyawa, itu yang terbaik.




Baca Lagi...

Monday, December 14, 2009

INFO:SAWAN DEMAM PANAS


DEMAM di kalangan kanak-kanak sememangnya masalah yang kerap dihadapi. Namun, apa yang membimbangkan, peningkatan suhu badan yang tinggi secara mendadak boleh menyebabkan sawan demam panas.

Masalah ini secara umumnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga enam tahun. Bagaimanapun ia lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun.

Pensyarah Kanan dan Pakar Pediatrik, Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Dr Mohd Rizal Mohd Zain berkata sawan demam panas berlaku disebabkan oleh peningkatan suhu badan yang mendadak.

Ia boleh disebabkan oleh sebarang penyakit yang boleh menyebabkan demam seperti demam selsema, jangkitan telinga, jangkitan salur kencing, jangkitan virus dan lain-lain.

"Faktor genetik juga turut mempengaruhi. Dalam 24 peratus daripada kes sawan demam panas didapati mereka mempunyai sejarah keluarga mengidap masalah yang sama," katanya.

Dr Rizal berkata, dalam kebanyakan kes, sawan demam panas ini hanya berlaku sekali saja. Bagaimanapun 30% kanak-kanak yang terbabit akan mengalami serangan yang kedua dan kurang dari 10 peratus akan mengalami serangan yang ketiga atau lebih apabila demam itu berulang pada masa hadapan.

Sawan demam panas boleh dibahagi kepada dua iaitu sawan demam panas biasa dan sawan demam panas kompleks. Bagaimanapun, sawan demam panas biasa adalah yang paling kerap berlaku iaitu lebih kurang 70 peratus daripada semua kes sawan demam panas. Kanak-kanak yang mengalaminya akan diserang demam dengan mukanya kelihatan kemerahan dengan matanya melihat ke atas atau terbalik.

"Sawan demam panas kompleks pula mempunyai gejala yang sama seperti sawan demam panas biasa tetapi mempunyai satu atau lebih ciri tambahan seperti jangkamasa sawan lebih dari 15 minit, berulang lebih dari sekali dalam masa 24 jam, pesakit tidak pulih semula selepas satu jam dan sawan yang berlaku hanya membabitkan sebahagian anggota badan saja," katanya.

Dr Rizal berkata rawatan sawan demam panas cuma memerlukan rawatan sokongan bagi memastikan demam terkawal.

"Selalunya ubat demam seperti 'paracetamol' dan 'ibuprofen' perlu diberi secara berkala. Jika suhu badan terlalu tinggi, membasahkan kepala (berjelum) boleh dilakukan bagi menurunkan suhu badan," katanya.

Biasanya antibiotik hanya diberikan jika demam yang berlaku disyaki berpunca daripada jangkitan bakteria. Bagi kesan jangka panjang, sawan demam panas ini tidak membahayakan dan majoriti pesakit pulih sepenuhnya. Kajian juga menunjukkan masalah ini tidak menyebabkan kerosakan pada otak dan tidak menjejaskan pencapaian akademiknya.

Kejadian sawan demam panas ini biasanya akan hilang apabila kanak-kanak mencapai umur enam tahun. Siasatan lanjut dan penilaian oleh pakar neurologi perlu dibuat jika ia masih terus berlaku walaupun kanak-kanak itu sudah berusia lebih enam tahun.

INFO: Pencegahan Sawan Panas

  • Jika anak demam, usaha turunkan suhu badan dengan segera dengan memberi ubat demam selain berjelum.
  • Ubat demam boleh diberi secara berkala mengikut dos ditetapkan doktor.
  • Pastikan juga anak anda meminum air yang cukup dan elak memakai pakaian tebal.
  • Suhu badan hendaklah sentiasa diperhatikan untuk mengelak peningkatan yang mendadak.
sumber:bharian
Baca Lagi...

Saturday, December 12, 2009

KEAJAIBAN BATU HAJARULASWAD

Salah satu yang menjadi buruan jutaan jemaah haji atau mereka yang mengerjakan umrah di Makkah adalah mengucup batu Hajarulaswad. Namum, bagi masyarakat bukan Islam di barat melihat ia sebagai satu ritual walhal sebenarnya mengucup Hajarulaswad bukanlah ritual dan ia tidak ada kena mengena dengan syarat-syarat ibadat haji atau umrah.
Pertanyaan sebegini pernah dice­tuskan oleh Sayidina Umar al-Khattab. Beliau berkata, "Saya tahu anda adalah sebuah batu yang tidak mendatang­kan bahaya dan manfaat. Jika tidak aku melihat Rasulullah s.a.w. mengu­cupmu, nescaya aku tidak akan men­ciummu:' (Hadis No. 228 Kitab Sahih Muslim).



Adalah satu perbuatan tidak masuk akal jika mereka mengagung­agungkannya kerana ia hanyalah sebuah batu. Namun perlu difahami, umat Islam bertindak mencium dan mengusap batu itu bukanlah bertu­juan untuk menyembahnya. Semua itu adalah saksi ketaatan dan rasa tun­duk umat manusia terhadap perintah Allah s.w.t. menerusi ajaran dan sunah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu Abbas ra bahawa, "Allah akan membangkitkan Hajarulaswad pada hari kiamat. la da­pat melihat dan berkata-kata. la akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar. Sejarah awal mendedahkan secara kasar, batu itu pernah pecah pada Za­man Pertengahan menjadi lapan ke­pingan batu kecil. Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam dalam sebuah batu besar bersalut perak berukuran 25 sentime­ter panjang dan 17 sentimeter lebar.

Orang pertama yang memasang lingkaran pita perak itu adalah se­orang ahli sejarah dari Mekah, Abdul­lah Zubair, selepas berlaku kebakaran pada Kaabah. Pemasangan itu dilaku­kan agar Hajarulaswad tetap utuh dan tidak mudah pecah. Pada tahun 189 Hiirah. Khalifah Uthmaniah. Sultan Harun ar-Rasyid telah melakukan um­rah di Mekah. Baginda memerintahkan seoranq pengukir perak terkenal ketika itu, Ibnu at-Tahnan, untuk menyem purnakan lingkaran perak di sekeliling Hajarulaswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.

Kenapa batu itu begitu istimewa di kalangan umat Islam? Tidak lain ke­rana batu Hajarulaswad diriwayatkan permata yang berasal dari syurga dan dibawa turun ke bumi melalui malaikat Jibril. la kemudian diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s untuk diletakkan di salah satu sudut Kaabah. Lokasinya kini terletak di sudut timur Kaabah pada ketinggian 1.5 meter dari lantai Masji­dilharam. Hajarulaswad menjadi tanda permulaan dan penghabisan pusingan tawaf di Kaabah.

Mengagumkan, warna asalnya dikatakan lebih putih daripada susu. Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Ab­dullah, dahulu batu itu bukan saja ber­warna putih, tetapi juga memancarkan cahaya berkilau yang menyinari dari timur hingga ke barat. Sekiranya Allah tidak memadamkan kilauan itu, tidak seorang pun manusia yang sanggup memandangnya.

Soalnya, kenapa batu itu berubah warna menjadi hitam? Rasulullah s.a.w. bersabda, "Dosa-dosa anak cucu Nabi Adamlah yang menjadikannya sebe­gitu rupa:'Sejak itu, batu ini dinamakan Hajarulaswad yang membawa maksud batu hitam.

Bagaimanapun, saintis Barat sukar mempercayai hal ini, malah terus mem­pertikaikan asal-usul batuan itu. Lalu, ilmuwan Islam dari Mesir, Prof. Dr. Zaghlul An-Najjar, mengalu-alukan saintis dunia mengkaji perkara itu bagi membuktikan asal-usul Hajaru­laswad dari syurga sememangnya adalah benar.


Lapan gugusan batu hitam ini disahkan oleh saintis barat sebagi batuan tertua dan tidak menyerupai mana-mana batuan di bumi ini.


An-Najjar meyakinkan dunia Is­lam bahawa kajian itu tidak akan me­rosakkan batuan tersebut. Justeru, Lembaga Geografi Inggeris begitu teruja menghantar seorang pengkaji mereka ke Mekah.Tiba di sana, penye­lidik itu mengambil dua sampel batu Hajarulaswad bersaiz mikro. Sampel itu kemudian dihantar ke makmal un­tuk diuji kaji. Hasil penelitian itu mendapati, usia batu itu adalah yang tertua di dunia dan kondisi batu itu langsung tidak sama dengan mana-mana batuan yang terdapat di bumi. Mereka kemudian mengesahkan batu Haja­rulaswad bukan berasal dari planet ini kerana ia tidak serupa dengan batuan dalam sistem suria kita. Pembuktian saintifik itu telah mengejutkan dunia Barat. Kesahihan itu sekali gus mele­takkan kebenaran dalam ajaran Islam.

Sesungguhnya, mengucup dan mengusap Hajarulaswad bukanlah satu perbuatan doqmatik semata­mata, tetapi ia adalah perlakuan logis yang tidak perlu diragui dan dipertikaikan lagi. Justeru, kalau ada peluang, kucuplah kerana Siti Aisyah ra meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Nikmatilah (pe­ganglah) Hajarulaswad ini sebelum diangkat (dari bumi). la berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat:'

Sumber:
majalah infiniti
CREDIT TO :TERJAH.COM
Baca Lagi...

Saturday, October 31, 2009

PROTON EXORA TURBO PROTOTYPE



Gempak woo...lagi gambar klik baca lagi..










Baca Lagi...

Friday, October 30, 2009

Badan ikan toman bunga tertera kalimah "Allah"


KEAJAIBAN MAHA PENCIPTA ... Seorang peneroka di Rancangan Tanah Felda Aring Satu, Gua Musang, Mustapha Zakaria menunjukkan ikan toman bunga peliharaannya yang tertera kalimah Allah pada badan ikan itu. Mustapa memelihara ikan itu lebih setahun lalu apabila rakannya memberi ikan tersebut yang dipancing di Sungai Kampung Rasa, Pasir Puteh. Kalimah Allah itu kelihatan lebih jelas menjelang malam ekoran badan ikan yang lebih bercahaya. -Foto BERNAMA

SEORANG peneroka di Rancangan Tanah Felda Aring Satu, Gua Musang, Mustapha Zakaria, 53, tidak sangka ikan toman bunga yang dipelihara lebih setahun lalu ada tulisan kalimah Allah di kedua-dua belah badannya.

Semasa ditemui di rumahnya baru-baru ini, beliau menyedari mengenai perkara itu apabila diberitahu oleh imam rancangan tanah berkenaan, Nordin Ariffin, yang mengunjungi rumahnya ternampak tulisan itu.

"Saya pada mulanya tidak percaya ada tulisan kalimah Allah tetapi selepas saya amati ikan yang saya pelihara di dalam akuarium itu, ternyata ia adalah benar.

"Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu dan saya tidak bercadang untuk menjualnya walaupun ada peneroka menawarkan harga RM300," katanya.

Mustapha berkata dia memperolehi ikan toman itu daripada rakannya di Kampung Rasa, Pasir Puteh, selepas rakannya memancing di sungai kampung terbabit.

Beliau berkata semasa membawa balik ikan toman itu lebih setahun lalu saiznya lebih kecil dalam sekitar setengah kilogram sahaja tetapi sekarang bertambah besar hingga mencapai lebih satu kilogram.

"Memang pada mulanya saya tidak berniat untuk memelihara lebih lama kerana sebelum ini saya pernah memelihara ikan jenis serupa dan menjualnya kepada orang lain," katanya.

Namun, tambah beliau kali ini dia akan terus menjaga dengan baik ikan toman berkenaan yang semakin bercahaya dan semakin ramai peneroka rancangan tanah terbabit datang melihatnya setiap hari.

"Menjadi hobi saya memelihara ikan dalam akuarium sejak usia remaja lagi tetapi ini adalah pertama kali ikan yang saya pelihara ditemui ada tulisan kalimah Allah.

"Ikan toman ini lebih bercahaya pada waktu malam hingga tulisan kalimah jelas kelihatan," katanya. BERNAMA

Baca Lagi...

Thursday, October 22, 2009

Budak kucing dipulau rakan



FENGKAI (China): Keadaan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang digelar budak kucing menyebabkan doktor pening kepala selepas bulu yang tebal tumbuh di seluruh tubuhnya.

Lebih pelik, Li Xiaoyuan hanya memiliki tanda lahir seperti tahi lalat di belakang tubuhnya beberapa bulan lalu.

Namun, rambut mula tumbuh daripada tanda lahirnya itu dan kemudian merebak ke seluruh belakang badannya dan kini mula tumbuh di lengan dan mukanya.

Bapa Xiaoyuan, Li Yan berkata, doktor pada mulanya memberitahunya ia hanya tanda lahir, termasuk ketika pertumbuhan bulu mula merebak ke bahagian lain tubuh anaknya.

“Kini bulu itu tumbuh di separuh daripada tubuh Xiaoyuan.

“Kanak-kanak lain kini tidak lagi mahu bermain dengannya dan menggelarnya budak kucing. Mereka juga membencinya,” katanya.

Ibu Xiaoyuan, Li Jiang yang kini menetap di Fengkai, selatan China sedih dengan nasib anaknya.

“Kami sekeluarga sedih kerana beliau terpaksa menderita dan tertekan akibat keadaan fizikalnya,” katanya.

Pakar bedah Hospital Dermatologi Zhaoqing, Dr Lou Zhongquan percaya, Xiaoyuan mungkin menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan tahi lalat mengeluarkan bulu tanpa had.

“Kami boleh menggunakan laser untuk merawatnya ketika ia kecil.

“Namun, jika kami mampu buang melalui pembedahan sekalipun pada masa ini, kemungkinan besar pendarahan berterusan berlaku,” katanya. - Agensi

sumber:hmetro
Baca Lagi...

Tuesday, October 20, 2009

Qory Sandioriva - Buang Tudung Untuk Memenangi Putri Indonesia




Inilah sebagian perkara yang sentiasa terjadi di Indonesia sebagai negara Muslim terbesar di dunia. Bahwa sebahagian (besar) dari kita mungkin tak pernah menganggap bahwa perintah agama boleh diabaikan untuk kepentingan dunia. Bahkan sangat jauh dari Islam. Inilah sebuah potret jelas dari generasi muda Indonesia.

Pemilihan Putri Indonesia 2009 sudah selesai. Dan Qory Sandioriva terpilih menjadi Putri Indonesia tahun ini. Siapa Qory Sandioriva? Qory, 18 tahun, berasal dari Nanggroe Aceh Darussalam. Sejak pertama kali diadakan pada tahun 2003, pada kali ini, peserta dari NAD selalu mengenakan jilbab. Nah, kali ini, Qory tidak. Apa yang salah?

Mungkin tidak ada, karana seperti kita ketahui bahwa pertandingan seperti ini sudah sejak awal diadakan memang tidak dekat dengan nilai Islam. Namun, yang menghirankan dari Qory Sandioriva adalah, ia menanggalkan jilbabnya untuk acara ini.

"Buat saya, rambut adalah mahkota keindahan wanita dan saya bangga dengan memperlihatkan keindahan tersebut. Tidak apa-apa kalau saya ingin memperlihatkannya. Saya melepas jilbab atas izin dari Pemda Aceh. Semoga keputusan saya bisa diterima." begitu ujarnya di tabloid Wanita Indonesia Edisi 19-25 Oktober 2009.

Pernyataan Qory itu ternyata membuat pemuda yang bersangkutan meradang. "Dia itu salah minta izin. Minta izin itu kepada Tuhan, kenapa tidak memakai jilbab, bukan kepada Pemuda, karana keislaman itu bukan milik siapa-siapa, bukan milik Pemuda, tapi milik Tuhan." repet H. Abuh Mustafa Puteh, Ketua MUI Aceh Utara, masih di tabloid yang sama. Ketika hal ini tuduh menuduh semakin runcing dan panas dan memicu kontroversi, Qory pula berkata bahwa dia sehari-hari memang tidak mengenakan jilbab.

Sekarang, apakah ada beza dan artinya, ajang Putri Indonesia ini bagi masyarakat Aceh yang digelar sebagai Serambi Mekkah? (sa)

Sumber:
http://eramuslim.com
Baca Lagi...

Monday, October 19, 2009

Artis-Sharifah Sofea Nikah


PERANGAI ‘gila-gila’ Sharifah Sofea memikat hati Syed Ismail sehingga mereka akhirnya memilih untuk mempunyai ikatan yang sah, semalam.

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Sharifah Sofea Syed Hussein, 24, telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali, 31, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta tepat pukul 12.15 tengahari semalam.

Jika Ismail tertarik dengan keletah manja dan ‘gila-gila’nya, Sofea pula memilih suaminya kerana sifat yang sama dan menyenangi diri lelaki itu sendiri.

“Saya suka sebab ‘he’s him’. Dia suka membuat saya ketawa dan perasaan suka dan sayang itu datang begitu sahaja tanpa saya sedar..,” kata anak kelahiran Liverpool, England ini.

Sementara itu, lelaki bergraduan bisnes dari sebuah universiti di Australia ini menambah dia menyenangi Sofea kerana wanita itu sempurna di matanya.

“Dia melengkapi hidup saya kerana dia suka membuat saya gembira dan seorang yang kelakar,” ujar Ismail pula.

Pasangan yang bercinta selama dua setengah tahun ini diijabkabulkan oleh bapa Sofea sendiri, Syed Hussein Syed Harun dengan mas kahwin sebanyak RM100 sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid, Ustaz Mohd. Nazarudi Nadzir.

Turut hadir adalah ibu Sofea, Maureen Hussein, ibu dan bapa Ismail, Sharifah Saidah Tun Syed Nasir dan Syed Ibrahim Al-Ali serta keluarga dan rakan yang rapat.

Pengantin perempuan menerima sembilan hantaran berupa wang hantaran berjumlah RM20,000, cincin, set beg tangan beserta beg duit Coach, telekung sembahyang dan sejadah, coklat, set persalinan wanita, al-Quran, set perhiasan mutiara dan sirih junjung.

Sementara pengantin lelaki pula menerima 11 hantaran berupa telefon bimbit Blackberry, kemeja Hugo Boss, al-Quran, komputer riba Dell, set dompet dan tali pinggang Hugo Boss, coklat, jam tangan, cincin dan sirih junjung.

Menurut Sofea, dia dan suami memilih untuk tidak bertunang sebaliknya memilih untuk terus bernikah selepas melalui proses merisik pada 26 Mac lalu.

Alasannya kerana tidak mahu membazir. Kesederhanaan majlis yang serba ringkas itu terpamer apabila majlis resepsi Sofea juga berlangsung di masjid itu tanpa upacara bersanding dan sekadar majlis nikah dan makan tengahari.

“Saya berasa sedih, gembira, masih ‘khayal in my way’. Saya rasa seperti nak nangis sekarang kerana sangat gembira dan perasaan bercampur baur.

“Perkahwinan kami berlangsung dengan cepat seperti yang dirancang sehingga saya tak rasa terlalu gementar.

“Memang inilah majlis kahwin yang saya nak,” luah anak ketiga daripada empat beradik ini yang manis memakai cincin nikah emas putih bertatah berlian dari Arab Saudi di jari kirinya.

Pertemuan dan jodoh Sofea bagaikan ‘secocok’ apabila dia yang merupakan anak perempuan bongsu dalam keluarganya itu disatukan dengan anak tunggal kacukan Melayu-Jordan itu.

Erti perkahwinan juga lebih bermakna buat Sofea dan dia menganggap ‘tiada ‘batasan’ antara satu sama lain dan tiada siapa yang boleh menghalang kami untuk melakukan apa yang kami ingini..’.

Selepas berkahwin, pelakon drama ‘Spa Q’ selama dua musim berturut-turut dan ‘Nur Kasih’ ini berkata dia akan meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan.

Ismail juga berkata dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan karier seni isterinya cuma Sofea perlu meminta kebenaran tentang tawaran lakonan daripadanya.

Mengenai bulan madu, Sofea yang cantik mengenakan baju kurung ala-ala ‘dress’ dan ‘veil’ berwarna putih rekaan Amir Luqman ini sambil tersenyum manja hanya menyerahkan hal itu kepada suaminya.

“Kami mempunyai dua pilihan lokasi bulan madu iaitu sama ada ke Kepulauan Maldives atau Colorado, Amerika pada bulan Februari tahun depan,” jawab suaminya yang turut berbaju Melayu warna yang sama sambil sesekali memandang Sofea.

Mereka berdua juga tidak merancang tentang anak sebaliknya menyerahkan hal itu kepada kuasa Allah untuk memberikan rezeki anak pada bila-bila masa sahaja.

Minggu hadapan, majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan dilakukan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

“Tidak ramai yang dijemput dalam majlis itu melainkan keluarga dan rakan terdekat. Majlis itu berlangsung dalam suasana ‘privasi’.

“Memanglah nampak seperti tak manis bila tak jemput semua termasuk pihak media tetapi sekurang-kurangnya kami jemput ke majlis nikah kami,” ujarnya yang akan tinggal bersama suaminya di Shah Alam.

Selepas selesai majlis perkahwinan mereka, Sofea akan sibuk dengan pengambaran sitkom ‘Simpang Tiga’ dan menantikan tayangan filem ‘Pisau Cukur’ lakonannya.

Untuk lihat lagi koleksi gambar nikah S.Sofea klik sini

Sumber:Mstaronline.com.my

Baca Lagi...

Monday, September 14, 2009

Gadis Hilang:Pulanglah Ibu menanti dihari Lebaran



Blog kedaikopitepimasjid memohon para pembaca sekiranya mempunyai sebarang info tentang gadis diatas agar segera menghubungi bapanya. Kehilangan anak gadis mereka sejak 21 Ogos yang lalu meresahkan seisi keluarga terutamanya Puan Salmah Ahmad, ibu kepada Norshafarahani bt Alias(gambar diatas) atau pangilan mesranya Syera. Kehilangan Syera yang juga pelajar Politeknik Kulim tidak diketahui puncanya namun berkemungkinan disebabkan terasa hati apabila En. Alias, bapa kepada Syera menanyakan tentang wang pinjaman PTPTN yang berkurangan tanpa sebab yang munasabah. Pesanan terakhir yang ditinggalkan kepada sahabat baiknya yang juga pelajar Polteknik Kulim " Terima Kasih kerana pernah menjadi sahabat" dan selepas itu beliau tidak dapat dihubungi sehingga kini.

"Pulanglah Syera..kerana kami amat merinduimu..terutama sekali ibumu yang saban hari menitis air mata.." kata ayahnya dengan nada pilu sambil menitiskan air mata.


Ramadhan yang menuju ke penghujungnya semakin hambar dirasakan keluarga En Alias. Ramadhan tanpa ditemani anak tersayang amat memilukan apatah lagi Aidilfitri bakal menjelma. Semoga para pembaca ataupun blogger dapat menyebarkan berita ini agar sama-sama kita membantu menemukan gadis ini kepada keluarganya.

En Alias Othman dapat dihubungi di talian 016-4833539 atau dialamat 257, Mukim 5 Kubang Semang, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

(kadang-kadang tidak bercermin mata)
Baca Lagi...

Pelawak Ahmad Busu kena serangan strok.


Ahmad Busu terkenal dengan watak Mat Deris dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. -foto UTUSAN

PELAKON dan pelawak terkenal Ahmad Busu kini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah mengalami serangan strok dua hari lepas. Ahmad Busu yang terkenal dengan watak Mat Deris dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak sangka keghairahannya memakan buah durian menyebabkan dirinya kini terlantar di hospital.

Ahmad Busu mula mengadu yang dia tidak boleh berjalan pada hari Jumaat apabila dia tidak boleh berjalan dan mengimbangi badannya.

Menurut anak keduanya, Mohd Afiq Ahmad, ayahnya sudah dua bulan mengadu sakit kepala setelah makan durian dengan kuantiti yang banyak.

Ahmad Busu yang mengidap sakit kencing manis, bagaimanapun enggan ke hospital kerana menganggap keadaan kesihatannya tidak serius.

Namun pada Jumaat lepas, Ahmad Busu langsung tidak boleh berjalan dan sakit kepalanya juga bertambah teruk. Akhirnya setelah puas dipujuk keluarga, barulah dia mahu ke hospital.

"Setelah melihat keadaan ayah yang tidak boleh berjalan dan terpaksa dipapah, akhirnya dia bersetuju untuk ke hospital. Jadi pagi semalam, saya dan ibu membawa ayah ke PPUM," kata Afiq.

Ahmad Busu dimasukkan ke Wad Neurosains, Tingkat 5. Ramai rakan artis termasuk rakan-rakan 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' sudah pun menziarahi Ahmad Busu.

Kata Afiq lagi, menurut doktor yang merawat ayahnya apa yang dialami oleh Ahmad Busu ialah 'strok tidak boleh timbang atau kawal badan.'

"Setelah melakukan CT scan ke atas ayah, doktor memberitahu ayah mendapat serangan strok. Mata ayah juga kabur dan kakinya masih kebas-kebas hingga sekarang.

"Ayah kini mendapat rawatan insulin untuk mengawal kencing manis dari lebih melarat," kata Afiq.

Ahmad Busu, 56 tahun, cukup sinonim dengan watak Mat Deris yang dibawanya dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang disiarkan di TV3. Sitkom ini merupakan terbitan dan arahan Hatta Azad Khan yang menceritakan mengenai kehidupan harian penduduk di Flat Seri Wangi.

Kisah ini juga telah dipentaskan sebagai pementasan muzikal pada tahun 2006 serta dijadikan siri komik strip mingguan di dalam akhbar Berita Minggu.

Ahmad Busu telah menderita penyakit kencing manis sejak 13 tahun lamanya. Menurut isterinya, Seri Binti Mohamad, biarpun kurang sihat beliau tetap gagahkan diri meneruskan kariernya dalam bidang lakonan bagi menyara empat orang anaknya - bapa kepada Nur Hamizah, 24, Mohd. Afiq, 23, Muhammad Luqman, 16, dan Nur Hanis, 5,

Akibat penyakit yang dialaminya, sedikit sebanyak telah menjejaskan perjalanan kerjayanya sebagai pelakon dan pelawak sepenuh masa.

Berat badan Ahmad Busu juga telah susut teruk lebih dari daripada 10 kilogram. Kalau dulu saiz pinggang seluarnya 40 inci tetapi sekarang ia telah susut kepada 36 inci.

Malah, ayah penyayang ini paling risau apabila mengenangkan nasib anak bongsu saya iaitu Nur Hanis yang baru berusia lima tahun.

"Dia selalu risau tentang anak-anaknya terutama Hanis. Anak-anak lain dia kurang risau kerana mereka sudah besar," jelas Seri yang setia menemani suaminya di hospital.


sumber:mstar.com
Baca Lagi...

Sunday, September 6, 2009

Pantang-larang di negara orang


LAIN padang lain belalang, lain orang, lainlah pula ragamnya.

Perbezaan budaya jika tidak diambil kira apabila mengembara boleh mendatangkan masalah terutama apabila dicampur permasalahan bahasa.

Justeru, pantang-larang antara budaya berikutnya boleh diambil kira untuk mengelakkan kesulitan.

>Ok tapi tak ok
  • DI kebanyakan tempat, menunjukkan isyarat ibu jari ke atas bererti semuanya OK atau bagus bergantung kepada konteks atau situasi. Ada juga yang menggunakannya bagi memberitahu rakan atau pasangan mereka bahawa sesuatu perkara atau hal berjalan dengan lancar.
  • Namun, di Iran, ia boleh menimbulkan pergaduhan atau perselisihan faham kerana ia membawa maksud kurang sopan.
  • Isyarat bulatan dengan menggunakan ibu kaki dan jari telunjuk yang membawa maksud bagus pula membawa konotasi berbeza di Brazil dan Turki.
  • Ini dianggap satu bentuk cacian yang menyamakan seseorang dengan bahagian hujung punggung manusia.

Sentuh kepala
  • Di negara yang masih berpegang dengan amalan Buddha yang kuat seperti Thailand, anda dinasihatkan sama sekali tidak menyentuh kepala rakan.
  • Ini kerana kepala dianggap suci dan sesiapa pun tidak menyentuh kepala orang lain walaupun budak kecil atau bayi.
  • Satu lagi pantang-larang utama di Malaysia menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan arah yang dikatakan agak kurang sopan.
  • Budaya masyarakat negara ini adalah menggenggam semua jari sambil ibu jari yang digunakan untuk menunjukkan arah.
  • Budaya orang Filipina dalam hal berkaitan tunjuk arah pula lebih menarik apabila hanya menggunakan lirikan mata atau memuncungkan mulut untuk menunjukkan barangan yang dicari. Mungkin kurang sopan untuk masyarakat lain, namun ia amalan biasa untuk warga negara itu.
Topik sensitif

Bergantung kepada negara yang anda lawati, ada perkara yang seharusnya tidak diutarakan apabila berniat untuk memulakan bicara.
  • Di Australia, elakkan untuk membangkitkan isu mengenai penduduk pribuminya, manakala di China, warganya amat sensitif mengenai isu hak asasi manusia.
  • Warga Jepun dikatakan tidak gemar memperkatakan sejarah dan pendudukan mereka ke negara Asia sepanjang Perang Dunia II.
  • Sementara, masyarakat India tidak suka jika ada yang membangkitkan mengenai budaya hantaran perkahwinan yang perlu disediakan oleh wanita.
  • Di Ireland, ada penduduknya yang mudah tersinggung sekiranya anda merujuk negara itu sebagai salah satu pulau British.
  • Untuk memendekkan cerita, mulakan perbualan mengenai rutin kehidupan seharian seperti makanan atau pekerjaan seseorang.
  • Bukan saja di luar negara. Jika mengembara ke negeri di Malaysia pun, anda perlu berhati-hati apabila membincangkan sesuatu perkara terutama apabila membabitkan perihal politik semasa.
sumber:hmetro

Baca Lagi...

Friday, September 4, 2009

Tips-Cara Luah Rasa Cinta


MANUSIA yang mempunyai perasaan pasti pernah jatuh hati.

Ia boleh membuatkan seseorang itu gila bayang, takut dimalukan, malah bimbang ditolak terutama jika si dia sudah berpunya.

Bagi yang tidak pernah bercinta, pengalaman jatuh cinta ini mungkin sesuatu yang aneh.

Mengungkapkan isi hati pada si dia memang berat apatah lagi jika kita pemalu atau tiada pengalaman.

Petua berikut mungkin membantu mengungkap isi hati:


  • Rancang dengan matang

    Kita perlu strategi dan latihan dalam segala aspek apabila mahu mengatakan cinta pada si dia.

    Untuk mengungkapkan cinta tidak boleh sebarangan sebaliknya, lihat tempat dan waktu yang sesuai. Jangan seberbuat demikian ketika dia ada tetamu.

  • Kenali si dia dengan baik

    Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.

  • Ungkapkan cinta dengan sesuatu

    Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya.

    Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.

  • Cari waktu dan tempat romantis

    Waktu paling tepat untuk mengatakan cinta ialah ketika saat terluang atau hari bersantai. Pilih tempat yang romantis.

  • Ungkapkan cinta secara langsung

    Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.

  • Jika berani, ungkapkan cinta di depan umum

    Ini hanya berlaku untuk mereka yang bermuka tebal atau muka tembok saja.

  • Siapkan mental

    Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta.

  • Doa sebelum mengungkapkan cinta

    Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh.

    Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.

  • sumber:hmetro

    Baca Lagi...
     

    PENGIKUT SETIA

    DISEBALIK

    free counters Google PageRank Checker

    BELACAN™ Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal