Download Percuma-Software,Games,Phone,etc!
Powered by Download-Home2u
Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Friday, October 15, 2010

GAMBAR:NEW PROTON INSPIRA


Umum sudah tahu bahawa Proton telah melancarkan model terbarunya Proton Inspira yg merupakan 'Rebranding' dari model Proton Waja...Rekabentuk yg menyerupai model terkenal Jepun iaitu Mitshubishi Lancer ini pasti akan membuatkan ia menjadi kegilaan ramai peminat kereta Malaysia khasnya.Harga yg ditawarkan pun amat menepati dengan kemampuan pembeli serta jauh lebih murah dari Mit.Lancer...hurm..dpt pki Proton Inspira pun jadi ler..janji rupabentuk ala Lancer...mcm model Proton yg mendapat ranking tertinggi iaitu Wira yg boleh di'convert' kepada Lancer Evo dan GSR..golongan muda pasti akan tertarik ngn Proton Inspira..so..ape lagi,moh ler kita pakat pi booking sbb Proton dah Open Booking Now..

Sedikit gambaran Proton Inspira...






Baca Lagi...

Friday, July 16, 2010

INFO:PETROL,GULA,GAS LPG DAN MINYAK MASAK NAIK


Pelarasan subsidi kurangkan perbelanjaan RM750 juta tahun ini

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula berkuat kuasa hari ini sebagai langkah pertama Program Rasionalisasi Subsidi.

Penyelarasan semula harga barang itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta tahun ini dan mengimbangi defisit kewangan negara.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat ACPerdana Menteri, harga RON 95 dan diesel diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor, LPG (10 sen sekilogram), gula (25 sen sekilogram), manakala petrol premium RON 97 akan diapung secara terkawal.Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini juga paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini, katanya.

Kenyataan itu menjelaskan keputusan menyelaraskan harga bahan api dan gula itu dibuat berasaskan tiga perkara penting iaitu:

  • Semua subsidi ini tidak menepati sasaran ia juga memberi faedah kepada pihak yang tidak layak iaitu warga asing dan rakyat berpendapatan tinggi yang mampu membayar petrol tanpa subsidi.

    Subsidi gula berlebihan pula memberi faedah kepada industri dan bukan keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula digunakan sektor perniagaan berbanding isi rumah.
  • Barangan bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi menjadikan barangan itu paling murah di rantau ini. Tahun lalu saja, ramai penyeludup ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan gula. Diesel pula terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran.

  • Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha melindungi alam sekitar, manakala pengurangan penggunaan gula dilihat sebagai langkah tepat bagi menangani isu kesihatan kerana 40 peratus rakyat Malaysia berlebihan berat badan dan jumlah penghidap diabetes pula meningkat.


Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan kerana ia penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

sumber:bharian online
Baca Lagi...

Friday, July 9, 2010

INFO:Jenis wanita dielak lelaki


MEMAHAMI sifat dan sikap wanita adalah suatu topik yang dianggap sukar bagi kebanyakan lelaki. - Gambar hiasan.

SEMEMANGNYA sukar untuk mengenal hati budi seseorang sama ada lelaki ataupun wanita pada pertemuan pertama. Masa dan ruang amat diperlukan untuk memahami perasaan dan pandangan insan yang ingin didekati itu.

Tanpa komunikasi yang efektif, mungkin payah untuk seseorang meramal sifat atau perangai seseorang yang lain. Perbualan di telefon bimbit, penghantaran mesej ringkas atau e-mel sebenarnya belum cukup untuk memahami soal sikap dan sifat.

Ramai pasangan kekasih mengalami kesukaran seumpama ini pada awal perhubungan. Perasaan bimbang dan curiga mungkin boleh timbul apabila memikirkan tentang pilihan yang hendak dibuat.

Pesona Kosmo! minggu ini memberi panduan tentang beberapa sifat wanita untuk dijadikan panduan lelaki. pada masa yang sama, golongan wanita juga boleh bermuhasabah diri melaluinya.

Wanita manja

Wanita yang bersifat manja sering dilihat sebagai golongan yang suka bergantung harap dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi untuk berkahwin. Apa yang lebih merisaukan bagi wanita jenis ini adalah lelaki sukar untuk mengenal pasti sifat sebenar mereka apatah lagi untuk menjalin hubungan yang erat.

Pada awalnya, wanita ini akan berubah apabila ditegur tentang perangai manja dan sikap terlalu bergantung itu. Teguran tersebut lantas membuatkan wanita ini bersikap ultra berdikari demi membuktikan sebaliknya.

Walau bagaimanapun, apabila wanita ini mula menjalin hubungan dengan seseorang dan dia berasa selamat didampingi, maka akan wujud keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi si lelaki.

Wanita benci lelaki

Kebanyakan lelaki gemar memberi peluang kepada wanita jenis ini, malah berusaha menjalin hubungan dengan mereka kerana difikirkan lebih mencabar. Sifat wanita ini yang jauh berbeza berbanding wanita lain membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka.

Walau bagaimanapun, sifat mencabar dan pemarah ini juga kadangkala membuat ramai lelaki ragu-ragu meneruskan perhubungan yang lebih jauh seperti berkahwin dengan mereka.

Lelaki hanya suka bergaul dengan wanita jenis ini tanpa memikirkan sebarang komitmen. Jelas, wanita ini bukan untuk jangka masa panjang. Kalau ada pun, mungkin hanya fikiran jahat untuk menjalin hubungan asmara semata-mata.

Begitupun, wanita jenis ini memiliki sifat bersaing yang tinggi dan kadangkala boleh berkelakuan amat menggoda. Sebenarnya, sifat yang ditonjolkan wanita jenis ini adalah untuk melindungi dirinya daripada dilukai oleh lelaki.

Wanita karier

Lazimnya, ramai beranggapan bahawa golongan lelaki terancam dengan wanita berkarier atau berjaya. Sebenarnya, lelaki bukan berasa terancam untuk bersama wanita jenis ini. Sebaliknya, lelaki beranggapan bahawa wanita yang berjaya dalam kerjaya tidak memerlukan dampingan lelaki.

Kebanyakan wanita yang memiliki karier yang stabil telah pun membeli kereta dan rumah untuk diri sendiri. Mereka juga mempunyai kehidupan sosial yang menyeronokkan. Dalam senario ini, kehadiran seseorang lelaki dianggap tidak mampu memberi lebih daripada apa yang mereka miliki. Namun, ramai juga lelaki yang tertarik wanita jenis ini kerana dari segi kewangan, tidak akan bergantung sepenuhnya pada mereka.

Wanita banyak cakap

Mengikut perspektif lelaki, wanita yang banyak bercakap mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada persepsi yang mengatakan wanita menggunakan lebih daripada 1,000 perkataan setiap hari berbanding golongan lelaki. Namun, ia amat bergantung kepada topik perbualan seseorang individu.

Misalnya, apabila ada topik mengenai sukan maka lelaki lebih gemar berbincang tentang perlawanan, para pemain dan keputusan permainan. Sebaliknya, perbualan telah bertukar kepada topik feminin, fesyen, kosmetik dan kanak-kanak maka wanitalah yang akan banyak berkata-kata.

Selalunya wanita dituduh dengan istilah 'banyak cakap' itu kerana mereka suka berbicara tentang subjek yang digemari serta ingin berkongsi. Itu tidak bermakna si dia mulut murai.

Sumber:Kosmo Online

Baca Lagi...

Wednesday, July 7, 2010

INFO:MEMAHAMI HATI SEORANG LELAKI


BAYANGKAN senario ini. Pada satu hujung minggu yang indah, Jasmin dan Daniel bercadang untuk menonton wayang di pawagam berhampiran dengan kediaman mereka.

Pasangan kekasih yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja itu hanya berpeluang bersama ketika hujung minggu sambil pergi menonton wayang, berekreasi ataupun menikmati makanan di restoran kegemaran.

Seperti biasa, semasa menunggu giliran membeli tiket tiba-tiba mereka terserempak dengan Nadia, rakan pejabat Jasmin yang juga merupakan seorang model sambilan. Perwatakan cantik dan anggun Nadia itu tanpa disedari menarik perhatian Daniel.

"Kenapa asyik pandang Nadia? Awak rasa dia cantik?," persoal Jasmin.

"Saya rasa kawan awak itu cantik," jawab Daniel dengan ikhlas tanpa berselindung apa-apa. Namun, kata-kata Daniel itu mula mengundang masalah dalam perhubungan antara pasangan itu sebab Jasmin berasa kekasih mula tertarik dengan wanita lain.

Situasi seumpama itu hakikatnya sering berlaku dalam mana-mana perhubungan pasangan kekasih ataupun suami isteri.

Mungkin anda juga pernah mengalaminya. Dalam situasi tersebut, luahan ikhlas Daniel kepada Jasmin sebenarnya untuk memudahkan kefahaman bukan merumitkan lagi perhubungan.

Menurut Kaunselor Perhubungan di Universiti Missouri, Columbia, Amerika Syarikat, Glenn Good, lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan adakalanya lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir daripada kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan.

Kadangkala majoriti wanita berfikir lelaki yang berbohong tentang diri sendiri akan berbohong mengenai semua perkara lain. Maka, perasaan curiga akan menyelubungi jiwa sehingga memusnahkan perhubungan yang baik.

Sebenarnya memahami golongan lelaki bukan susah seperti yang disangka. Bagi kaum wanita yang bimbang dan menghadapi masalah dengan perkara itu Pesona memberi tip untuk anda memudahkan perjalanan cinta anda.

Suka membisu

Golongan wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan sedih sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki pula lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Apabila lelaki membisu bukanlah bermakna dia tidak langsung memikirkan hal tersebut, sebaliknya dia enggan memanjangkan atau mengeruhkan sesuatu situasi buruk. Jadi, wanita usah bimbang atau bersangka buruk bahawa pasangan anda tidak langsung mempedulikan anda.

Cukup sekadar meluahkan apa yang tersirat di hati tanpa perlu membebel panjang. Lelaki biasanya akan faham dan selesa dengan situasi itu.

Lelaki tidak kompleks

Apabila seseorang lelaki menunjukkan tanda bahawa dia menyukai wanita yang pandai menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan dan menghabiskan waktu intim bersama, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut inginkan.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif tetapi kebanyakan lelaki bersifat sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks dan sukar difahami sedangkan sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah sahaja.

Jangan paksa lelaki

Apabila seseorang wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jika tidak bertanya dan menyelidik perasaannya secara mendalam. Lebih baik bagi seseorang wanita itu membaca bahasa badan lelaki, lirik matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.

Pentingkan kejujuran

Sama seperti wanita, golongan lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika lelaki mengetahui kekasih atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara telus mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.

Kejujuran memang penting bagi lelaki. Seorang suami ingin isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum.

Hidup lelaki lebih mudah

Cara hidup lelaki lebih mudah berbanding wanita. Oleh sebab itu, lelaki sukar untuk memahami apabila sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk bahasa kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki memahaminya, sedangkan mereka lebih suka jika perkara itu disampaikan dalam bahasa yang mudah dan berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, lebih baik berbual secara terbuka kepada lelaki.

Sumber : kosmo online

Baca Lagi...

Friday, April 2, 2010

TERKINI:Din Beramboi Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.

Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

SUMBER:MSTAR.COM.MY


P/S:AL-FATIHAH...

Baca Lagi...

Tuesday, February 2, 2010

INFO:KETAHUI HAK ANDA KETIKA DI TAHAN POLIS


1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis
Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :

• Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
• Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
• Putih : Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam
Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis
Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan Diri
Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain
Tanya dengan sopan, “Adakah saya sedang ditangkap?”

2.3 Adakah anda sedang ditangkap

Anda sedang ditangkap jika Polis:
• menjawab “ya”;
• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke
Balai Polis; atau
• menggari anda.

Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Pernyataan 112
Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi
Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3 Membuat Pernyataan 112
Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan di
dalam Nota Peribadi anda.
• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda
Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.

• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.
• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.
• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda.

4. POLIS MENANGKAP ANDA

4.1 Tanya: “Mengapa saya ditangkap?”
Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap
Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: “Balai Polis manakah saya akan dibawa?”
Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap
Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:
1. Keluarga atau rakan; dan/atau
2. Seorang peguam.
Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Maklumkan kepada mereka:
• yang anda telah ditangkap;
• masa, tempat dan alasan ditangkap;
• Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
• Di Balai Polis, atau
• Di dalam lokap untuk “membantu” penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda
boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian
Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi
Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan
Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda
Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM

6.1 Siapakah Majistret
Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada
24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman
Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman
Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:
• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau
• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.

Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan
seorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:
• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;
• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan.

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat
Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: “saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka”, “saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri” dll).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan
Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan

• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut “dompet”, “kunci”, “Kad Pengenalan” dll.
• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda
• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.
• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
1. Bantah;
2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.

8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian
• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
• Anda ditangkap.
• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah
- pemeriksaan pakaian luaran.
2. Pemeriksaan tanpa pakaian – untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.
3. Pemeriksaan sulit – selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.
4. Pemeriksaan dalaman – untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

8.3 Hak anda
• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.
• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP

9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda
Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, “Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri.”

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan
Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti
Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh
menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451

sumber:omaq.org
Baca Lagi...

Friday, January 1, 2010

Harga Gula Naik 20sen mulai 01.01.10!!



PUTRAJAYA: Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram.

Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.

sumber:bharian online

naik..naik..naik...!!besar efeknya bila harga gula naik nih...huh!!

terfikir sejenak slogan 1Malaysia,Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan...

p/s:Selamat Datang 2010...
Baca Lagi...

Saturday, December 19, 2009

Memori Along Spoon

Dalam dok cari dan pikir2 apa entry untuk update blog Belacan nih...teringat satu nama yang dulu cukup top pada sekitar pertengahan 90-an iaitu Along Spoon.Hari ini genaplah 10tahun pemergian Arwah.Mesti ada antara pengunjung blog nih kenal sapa tu Along dari band Spoon yg terkenal dengan lagu mendayu2 diorg seperti 'Rindu serindu-rindunya' dan 'Memori sekuntum rindu'.Belacan ada terjumpa satu artikel mengenai kes Along Spoon nih dari blog OhArtis.com jadi biasaklah Belacan 'copy-paste' jerlah artikel nih..bukan maleh nak taip...cuma segan jer..hehehe..kredit to Mr.Khai dari Ohartis.com
-------------------------------------------------------------
Pejam celik pejam celik, dah hampir 10 tahun Along Spoon meninggalkan kita semua. Kami percaya sesiapa yang membesar di pertengahan tahun 1990-an pasti tidak dapat melupakan nama ini. Masa tu memang sedih bila nengok Buletin Utama bila ibu kandung Along tetap percaya yang anaknya masih hidup dan akan kembali suatu hari lagi sedangkan DNA mengesahkan yang mayat tersebut sememangnya Along. Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik yang ketika itu berusia 19 tahun, telah ditemui mati di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999. Along dibunuh ditempat lain sebelum mayatnya di buang di dalam gaung tersebut.


Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya’cob dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja. Masihkah anda ingat mengapa Along dibunuh? Kami tidak mahu sebutkan kerana menghormati orang yang sudah tiada.


Along dan kumpulan Spoon meletup pada ketika itu dengan lagu seperti Rindu Serindunya dan Memori Sekuntum Rindu kini hanya tinggal kenangan, tetapi lagu-lagu’nya masih segar di hati peminat. Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada Along iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi kehebatan vokal Along.

Kami ada mengambil beberapa komen dari peminat di laman web youtube baru-baru ini.

tingat mase dpt brita along dibunuh.. aku mnangis bagai nak rak.. aku simpan pic arwah n buat 1 buku.. tp buku ntah mane aku letak.. btw.. Al Fatihah – missnooi

sedih giler bila tau dia meninggal. time bulan puasa lak 2.lagi berapa hari nk raya. MAMPUS lah PEMBUNUH 2 – sokmo22

biarlh walaupun along dh pegi mninggalkan kite,tp bisanya tetap dlm hati msing2…pmbunuh yg mmbunuh along dh pun ditgkap dn sdg mnjalani hukuman…cuma tggu hukuman bunuh je skang ni..alfatihah.. – kirantomarcelo

ermmm aku minat giler ngan along spoon ni
fanatik sangat giler ngan dia…..
aku cam tak leh nak terima along hilang n dijumpai mati dalam guni kat gaung
huhuhu tragis betul kematian dia erkkk
yang sedihnya mak ayah dia tak leh nak terima dia meninggal dunia…sejak dari hari tu aku dah tak minat mana2 lagi artis yang ada …..sedih sgt coz along pergi terlalu awal…..
ape2pun semoga rohnye dicucuri rahmat…
AL-FATIHAH…. – Maizatulazura

ku rindu kan suara along – bukitchawi84

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengajak anda semua menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham Sabi’ul Malik. Jika arwah masih hidup ketika ini, arwah sudah berusia 29 tahun yang sudah tentu arwah akan terus berkarya dan memberi sumbangan kepada dunia hiburan kita. Mungkin juga akan wujud artikel di Oh! Artis mengenai perkahwinan Along atau something menarik yang dapat dikongsi bersama peminat.

Along, damailah engkau di sana. Frankly sepaking, kami amat merindui kenangan ketika Spoon megah di persada industri hiburan negara ini suatu ketika dulu.

Keratan Akhbar untuk flashback anda.

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi yang menyabit dan menjatuhi hukuman gantung terhadap seorang lans koperal atas tuduhan membunuh penyanyi kumpulan Spoon tidak sepatutnya menerima percakapan beramaran anggota polis itu sebagai keterangan.

Peguam Markhan Singh yang mewakili tertuduh Mohamed Ya’cob Demyati berkata, Mahkamah Rayuan perlu menolak percakapan beramaran anak guamnya kerana ia mengandungi perkataan yang tidak sepatutnya diterima sebagai keterangan.

Katanya, perkataan itu juga tidak merujuk secara khusus kepada fakta kes, sebaliknya ia digunakan untuk mengaitkan Mohamed Ya’cob, 42, terhadap pertuduhan.

Markhan Singh berhujah dalam rayuan anak guamnya terhadap hukuman mati dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Seremban, 10 April 2002, terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along.

Beliau berkata, tindakan mahkamah menerima percakapan beramaran anak guamnya yang mengandungi perkataan “Mayat Along yang saya isi dalam guni telah saya campak ke tepi jalan ke Kuala Klawang dan saya setuju tunjukkan tempat itu” prejudis anak guamnya.

Katanya, berdasarkan kepada urutan gambar tempat kejadian yang dirakam jurugambar, polis terlebih dulu mengetahui tempat mayat Along ditemui sebelum keterangan mengenai kawasan itu diperoleh daripada Mohamed Ya’cob.

“Walaupun mengetahui dulu lokasi mayat, polis menggunakan Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 untuk mengaitkan Mohamed Ya’cob dengan pembunuhan bagi menunjukkan seolah-olah dia yang membawa mereka ke situ,” katanya.

Mohamed Ya’cob dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999.

Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu-Rindunya dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 dan polis menjumpai rangka manusia dipercayai penyanyi itu, yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang, 6 Januari 2000.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Wan Adnan Muhamad dan Datuk Ahmad Maarop akan mendengar hujah pendakwa raya hari ini.


Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh dihadapkan ke tali gantung baru-baru ini. Nyawa dibalas nyawa, itu yang terbaik.




Baca Lagi...

Thursday, December 17, 2009

Maal Hijrah 1431(18.12.2009)


Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1431.
Baca Lagi...

Monday, December 14, 2009

INFO:SAWAN DEMAM PANAS


DEMAM di kalangan kanak-kanak sememangnya masalah yang kerap dihadapi. Namun, apa yang membimbangkan, peningkatan suhu badan yang tinggi secara mendadak boleh menyebabkan sawan demam panas.

Masalah ini secara umumnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga enam tahun. Bagaimanapun ia lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun.

Pensyarah Kanan dan Pakar Pediatrik, Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Dr Mohd Rizal Mohd Zain berkata sawan demam panas berlaku disebabkan oleh peningkatan suhu badan yang mendadak.

Ia boleh disebabkan oleh sebarang penyakit yang boleh menyebabkan demam seperti demam selsema, jangkitan telinga, jangkitan salur kencing, jangkitan virus dan lain-lain.

"Faktor genetik juga turut mempengaruhi. Dalam 24 peratus daripada kes sawan demam panas didapati mereka mempunyai sejarah keluarga mengidap masalah yang sama," katanya.

Dr Rizal berkata, dalam kebanyakan kes, sawan demam panas ini hanya berlaku sekali saja. Bagaimanapun 30% kanak-kanak yang terbabit akan mengalami serangan yang kedua dan kurang dari 10 peratus akan mengalami serangan yang ketiga atau lebih apabila demam itu berulang pada masa hadapan.

Sawan demam panas boleh dibahagi kepada dua iaitu sawan demam panas biasa dan sawan demam panas kompleks. Bagaimanapun, sawan demam panas biasa adalah yang paling kerap berlaku iaitu lebih kurang 70 peratus daripada semua kes sawan demam panas. Kanak-kanak yang mengalaminya akan diserang demam dengan mukanya kelihatan kemerahan dengan matanya melihat ke atas atau terbalik.

"Sawan demam panas kompleks pula mempunyai gejala yang sama seperti sawan demam panas biasa tetapi mempunyai satu atau lebih ciri tambahan seperti jangkamasa sawan lebih dari 15 minit, berulang lebih dari sekali dalam masa 24 jam, pesakit tidak pulih semula selepas satu jam dan sawan yang berlaku hanya membabitkan sebahagian anggota badan saja," katanya.

Dr Rizal berkata rawatan sawan demam panas cuma memerlukan rawatan sokongan bagi memastikan demam terkawal.

"Selalunya ubat demam seperti 'paracetamol' dan 'ibuprofen' perlu diberi secara berkala. Jika suhu badan terlalu tinggi, membasahkan kepala (berjelum) boleh dilakukan bagi menurunkan suhu badan," katanya.

Biasanya antibiotik hanya diberikan jika demam yang berlaku disyaki berpunca daripada jangkitan bakteria. Bagi kesan jangka panjang, sawan demam panas ini tidak membahayakan dan majoriti pesakit pulih sepenuhnya. Kajian juga menunjukkan masalah ini tidak menyebabkan kerosakan pada otak dan tidak menjejaskan pencapaian akademiknya.

Kejadian sawan demam panas ini biasanya akan hilang apabila kanak-kanak mencapai umur enam tahun. Siasatan lanjut dan penilaian oleh pakar neurologi perlu dibuat jika ia masih terus berlaku walaupun kanak-kanak itu sudah berusia lebih enam tahun.

INFO: Pencegahan Sawan Panas

  • Jika anak demam, usaha turunkan suhu badan dengan segera dengan memberi ubat demam selain berjelum.
  • Ubat demam boleh diberi secara berkala mengikut dos ditetapkan doktor.
  • Pastikan juga anak anda meminum air yang cukup dan elak memakai pakaian tebal.
  • Suhu badan hendaklah sentiasa diperhatikan untuk mengelak peningkatan yang mendadak.
sumber:bharian
Baca Lagi...

Saturday, December 12, 2009

Penapis Air Hanya RM598.00 Sahaja

Disini Bebo nak mempromosikan satu produk keluaran Bumiputra,bukan affiliate dan bukan MLM...hanya sekadar menyokong produk Bumiputera.Bebo tak dapat apapun..hehe..
Cepat..Promosi ini hanya sementara sahaja.Bebo telah mendapati dari maklumat kawan Bebo yang beliau telah pun memiliki penapis air hanya semurah RM598 sahaja iaitu dari Produk Bumiputra :-Imtiyaaz NANO Alkaline Treatment System.

Pihak Bebo tidak mendapat apa2 keuntungan dari hasil jualan mereka cuma Bebo merasakan adalah penting untuk anda mencuba atau memiliki sekurang2nya satu penapis air berkualiti setiap rumah bagi menjamin kesihatan sekeluarga.Kita telah maklum bahawa kualiti air bersih/rawat yang disalurkan ke paip2 rumah kita kadang2 mungkin tercemar.Dan ini membimbang kita dengan tahap kebersihannya.
Mungkin semua telah tahu dengan harga penapis2 lain yang mencecah ribuan ringgit menyukarkan kita untuk membeli dan memilikinya.Dengan promosi dari Imtiyaaz yang menawarkan harga serendah RM598 ni memang sangat berbaloi untuk anda memilikinya kerana produk ini adalah sama kualitinya dengan penapis air jenama terkenal lain dan dijamin 100% Halal.Selepas promosi ini tamat harganya akan mencecah RM1788...

so...cepat ke laman web Imtiyaaz untuk mengetahui lebih lanjut dan tempah lah sekarang...

Support Barangan Keluaran Muslim
p/s:Bebo dah pasang satu penapis air..tp jenama lain...baru tahu sekarang..

Baca Lagi...

KEAJAIBAN BATU HAJARULASWAD

Salah satu yang menjadi buruan jutaan jemaah haji atau mereka yang mengerjakan umrah di Makkah adalah mengucup batu Hajarulaswad. Namum, bagi masyarakat bukan Islam di barat melihat ia sebagai satu ritual walhal sebenarnya mengucup Hajarulaswad bukanlah ritual dan ia tidak ada kena mengena dengan syarat-syarat ibadat haji atau umrah.
Pertanyaan sebegini pernah dice­tuskan oleh Sayidina Umar al-Khattab. Beliau berkata, "Saya tahu anda adalah sebuah batu yang tidak mendatang­kan bahaya dan manfaat. Jika tidak aku melihat Rasulullah s.a.w. mengu­cupmu, nescaya aku tidak akan men­ciummu:' (Hadis No. 228 Kitab Sahih Muslim).



Adalah satu perbuatan tidak masuk akal jika mereka mengagung­agungkannya kerana ia hanyalah sebuah batu. Namun perlu difahami, umat Islam bertindak mencium dan mengusap batu itu bukanlah bertu­juan untuk menyembahnya. Semua itu adalah saksi ketaatan dan rasa tun­duk umat manusia terhadap perintah Allah s.w.t. menerusi ajaran dan sunah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu Abbas ra bahawa, "Allah akan membangkitkan Hajarulaswad pada hari kiamat. la da­pat melihat dan berkata-kata. la akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar. Sejarah awal mendedahkan secara kasar, batu itu pernah pecah pada Za­man Pertengahan menjadi lapan ke­pingan batu kecil. Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam dalam sebuah batu besar bersalut perak berukuran 25 sentime­ter panjang dan 17 sentimeter lebar.

Orang pertama yang memasang lingkaran pita perak itu adalah se­orang ahli sejarah dari Mekah, Abdul­lah Zubair, selepas berlaku kebakaran pada Kaabah. Pemasangan itu dilaku­kan agar Hajarulaswad tetap utuh dan tidak mudah pecah. Pada tahun 189 Hiirah. Khalifah Uthmaniah. Sultan Harun ar-Rasyid telah melakukan um­rah di Mekah. Baginda memerintahkan seoranq pengukir perak terkenal ketika itu, Ibnu at-Tahnan, untuk menyem purnakan lingkaran perak di sekeliling Hajarulaswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.

Kenapa batu itu begitu istimewa di kalangan umat Islam? Tidak lain ke­rana batu Hajarulaswad diriwayatkan permata yang berasal dari syurga dan dibawa turun ke bumi melalui malaikat Jibril. la kemudian diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s untuk diletakkan di salah satu sudut Kaabah. Lokasinya kini terletak di sudut timur Kaabah pada ketinggian 1.5 meter dari lantai Masji­dilharam. Hajarulaswad menjadi tanda permulaan dan penghabisan pusingan tawaf di Kaabah.

Mengagumkan, warna asalnya dikatakan lebih putih daripada susu. Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Ab­dullah, dahulu batu itu bukan saja ber­warna putih, tetapi juga memancarkan cahaya berkilau yang menyinari dari timur hingga ke barat. Sekiranya Allah tidak memadamkan kilauan itu, tidak seorang pun manusia yang sanggup memandangnya.

Soalnya, kenapa batu itu berubah warna menjadi hitam? Rasulullah s.a.w. bersabda, "Dosa-dosa anak cucu Nabi Adamlah yang menjadikannya sebe­gitu rupa:'Sejak itu, batu ini dinamakan Hajarulaswad yang membawa maksud batu hitam.

Bagaimanapun, saintis Barat sukar mempercayai hal ini, malah terus mem­pertikaikan asal-usul batuan itu. Lalu, ilmuwan Islam dari Mesir, Prof. Dr. Zaghlul An-Najjar, mengalu-alukan saintis dunia mengkaji perkara itu bagi membuktikan asal-usul Hajaru­laswad dari syurga sememangnya adalah benar.


Lapan gugusan batu hitam ini disahkan oleh saintis barat sebagi batuan tertua dan tidak menyerupai mana-mana batuan di bumi ini.


An-Najjar meyakinkan dunia Is­lam bahawa kajian itu tidak akan me­rosakkan batuan tersebut. Justeru, Lembaga Geografi Inggeris begitu teruja menghantar seorang pengkaji mereka ke Mekah.Tiba di sana, penye­lidik itu mengambil dua sampel batu Hajarulaswad bersaiz mikro. Sampel itu kemudian dihantar ke makmal un­tuk diuji kaji. Hasil penelitian itu mendapati, usia batu itu adalah yang tertua di dunia dan kondisi batu itu langsung tidak sama dengan mana-mana batuan yang terdapat di bumi. Mereka kemudian mengesahkan batu Haja­rulaswad bukan berasal dari planet ini kerana ia tidak serupa dengan batuan dalam sistem suria kita. Pembuktian saintifik itu telah mengejutkan dunia Barat. Kesahihan itu sekali gus mele­takkan kebenaran dalam ajaran Islam.

Sesungguhnya, mengucup dan mengusap Hajarulaswad bukanlah satu perbuatan doqmatik semata­mata, tetapi ia adalah perlakuan logis yang tidak perlu diragui dan dipertikaikan lagi. Justeru, kalau ada peluang, kucuplah kerana Siti Aisyah ra meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Nikmatilah (pe­ganglah) Hajarulaswad ini sebelum diangkat (dari bumi). la berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat:'

Sumber:
majalah infiniti
CREDIT TO :TERJAH.COM
Baca Lagi...

Wednesday, November 11, 2009

Rahsia Personaliti Disebalik Buah-Buahan



Dalam satu kajian yg telah dilakukan oleh Dr.Barnett,beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semulajadi.Menurutnya lagi,kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing2.Kaedah ini juga dikenali sebagai "Science of Fructology"..
Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia..


1-JENIS LIMAU…
Contohnya seperti oren,lemon,limau nipis dan limau bali.

Kamu cenderung kpd warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yg mencabar.Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kpd kamu.Ini krn kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yg unik sehingga rakan2 kamu yakin dgn nasihat dan pandangan kamu itu.
Orang luar sukar utk menilai dan mengenal diri kamu yg sebenarnya.Mungkin mereka boleh mengenali kamu dgn lebih rapat,namun ianya memakan masa yg agak lama.Kadangkala kamu hanya memperuntukan masa yg singkat utk bersendiri.Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya utk tempoh seketika.Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dgn kamu.Kamu tergolong antara individu yg gemar bergembira dan menggunakan waktu yg terluang itu dgn sebaik mungkin melakukan perkara2 yg menyeronokkan kamu…

2-BUAH-BUAHAN TROPIKA…
Contohnya seperti pisang,betik,jambu,kiwi dan nenas.

Kamu sukakan pengalaman2 yg baru.Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yg boleh.Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu krn cara hidup kamu yg terlalu aktif.Kamu tidak sukakan sesuatu yg melibatkan kesakitan pada emosi kamu.Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yg tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya.Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yg sememangnya akrab dengan kamu.Teman2 beranggapan diri kamu seorg yg mudah di dekati dan gemar berseronok.
Hakikatnya kamu ada pendirian yg tersendiri.Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada org sekeliling.Simbol kamu itu melambangkan kamu seorg yg suka mengambil berat dan gemar berseronok…

3-JENIS BUAH LADANG…
Contohnya seperti epal dan pear.

Kata kunci disini ialah kekuatan.Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yg berada di sekeliling kamu.Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah.Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu.
Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri.Kamu tidak bergantung harapan kpd individu lain utk hidup.Ramai yg beranggapan kamu adalah seorg yg berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya.Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yg terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yg kamu miliki itu.Kejayaan pasti menyebelahi kamu dlm setiap perkara yg kamu lakukan…

4-JENIS TEMBIKAI…
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.

Seseorg yg murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yg memerlukan.Bagi diri kamu,wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu org lain.
Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yg ingin di tanam di sekitar tempat tinggal kamu.Kamu memiliki ramai teman rapat,ini krn kamu memiliki keperibadian yg romantic.Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dlm hidup.Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yg berhati2…

5-BUAH-BUAHAN JENIS CERI…
Contohnya seperti blackberi,blueberi,strawberi,raspberi,cranberi,anggur dan tomato.

Kamu gemarkan party dan keseronokkan.Kamu suka menggembirakan org lain.Kamu juga mudah dapat teman baru kerana kamu adalah seorg yg peramah.Kamu akan berusaha melakukan apa sahaja utk menjadikan sesiapa sahaja sbgai teman biarpun dengan cara yg amat pelik.Kamu bercitarasa unik.Hinggakan makanan yg menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan2 yg berperasa lain dari yg lain.
Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri.Walau bagaimanapun ,keseluruhan personality kamu itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yg unik dan memiliki keistimewaan yg tersendiri.Simbol kamu melambangkan kamu seorg yg berpersonaliti…

6-JENIS KEKACANG…
Contohnya seperti walnut,hazel,gajus dan lain-lain.

Kamu ini "moody" lah!!Kadangkala mood kamu berubah2 tanpa sebarang sebab.Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu.Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yg benar,kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu.Orang yg berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu.Dalam percintaan kamu adalah individu yg setia.Kamu sanggup mengenepikan teman2 kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu.
Untuk mengenali kamu,individu itu perlu memperuntukkan waktu yg agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dgn lebih dekat.W/bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya.Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorg yg berpendirian...

7-BUAH-BUAHAN JENIS LABU…
Contohnya kundur.

Kamu berpandangan jauh.Bagi diri kamu,wujudnya pelbagai perkara yg berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari apa yg mampu manusia lihat.Kamu adalah individu yg sering berperasaan curiga.Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yg kamu miliki.Boleh dikatakan setiap persoalan yg kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2 sekeliling kamu.Teman2 kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti di hargai.Tekanan kerja yg kamu alami akan mendukacitakan kamu,tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dlm menangani cabaran2 mendatang.Kamu cenderung pada warna2 yg pelbagai.Kamu melambangkan diri kamu seorg yg bersopan santun dan memiliki hati yg lembut…


wallahualam...

sumber : http://istimewa2u.blogspot.com/
Baca Lagi...

Tuesday, November 3, 2009

Radhi OAG dikenakan waran tangkap!


Shazlin menutup wajahnya dengan tudung semasa tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pagi tadi. -Foto MSTAR oleh AU YEONG HOW

PETALING JAYA: Peguam Syarie, Rubiah Jaafar yang mewakili isteri Radhi OAG, Shazlin Sharif, hari ini memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Radhi OAG kerana gagal hadir pada perbicaraan hari ini.

Mahkamah Rendah Syariah hari ini sekali lagi tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai pelakon dan penyanyi Radhi dari kumpulan OAG, Mohd Radhi Razali dengan isterinya Shazlin Sharif kerana pelakon itu tidak datang.

Justru itu, Hakim Syarie Ghazali Ahmad mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Radhi berkuat kuasa hari ini dan menetapkan tarikh bicara pada 1 Disember 2009 pukul 10.30 pagi.

Di peringkat awal prosiding, Rubiah memberitahu anak guamnya, Shazlin telah dimaklumkan oleh Radhi bahawa dia tidak dapat hadir pada prosiding hari ini.

"Dengan keterangan pihak plaintif (Shazlin), jelas pihak defendan tidak hadir. Saya mohon waran tangkap dikeluarkan," kata Rubiah.

Shazlin yang berbaju kurung biru muda dan bertudung hitam hadir bersama seorang temannya.

Pada 20 Oktober lalu, mahkamah yang sama tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai Radhi dengan isterinya Shazlin kerana pelakon itu gagal hadir pada perbicaraan.

Hakim Syarie, Ghazali Ahmad berkata, ini kerana mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu permohonan lafaz cerai kedua oleh Shazlin yang didakwa dilafazkan suaminya melalui telefon pada 25 Februari lalu.


Shazlin enggan ditemuramah walaupun dikerumuni para wartawan dan jurukamera.

"Mahkamah perlu terlebih dahulu mengetahui berapa jumlah talak dan sama ada talak yang didakwa dilafazkan Mohd Radhi pada 25 Februari lalu jatuh atau tidak," kata Ghazali dalam prosiding mahkamah ketika itu.

Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan 3 November ini untuk perbicaraan semula pengesahan penceraian Mohd Radhi dengan isterinya, Shazlin berhubung dengan lafaz cerai yang didakwa berlaku pada 25 Februari lalu.

Sebelum ini, Shazlin mendakwa Radhi telah mengucapkan lafaz cerai berbunyi 'Oklah, I ceraikan you. Talak 3, 2, 1?' pada September tahun lalu.

Bagaimanapun, selanjutnya, mahkamah dan hakim yang sama mensabitkan tidak berlaku talak antara mereka berikutan Radhi membuat lafaz sumpah penafian (sumpah Syarie) terhadap permohonan lafaz cerai oleh Shazlin.


Peguam Syarie, Rubiah Jaafar mewakili isteri Radhi OAG, Shazlin Sharif.

Berikut adalah pengakuan bersumpah Shazlin dalam sesi soal balas hari ini bersama peguamnya Rubiah:

RUBIAH: Apakah alamat Puan? Adakah seperti dalam surat saman?

SHAZLIN: Ya.

RUBIAH: No kad pengenalan Puan?

SHAZLIN: 780618-10-5542.

RUBIAH: Dalam tuntutan cerai, Februari 2009 pihak defendan ada jatuh talak.. Di mana Puan pada masa itu?

SHAZLIN: Pada tarikh itu, saya berada di tempat kerja di 1307, Tingkat 13, Blok A, Damansara Intan.

RUBIAH: Pukul berapa?

SHAZLIN: Tak ingat, tetapi pada waktu pagi.

RUBIAH: Puan dapat panggilan telefon daripadanya atau puan membuat panggilan telefon kepada defendan (Radhi)?

SHAZLIN: Saya telefon defendan.

RUBIAH: Nombor telefon yang dihubungi?

SHAZLIN: 017-35.. saya tak ingat sebab dia selalu tukar nombor telefon.

RUBIAH: Apa yang diperkatakan dalam perbualan telefon itu?

SHAZLIN: Kami bertengkar dalam telefon dan dia lafazkan cerai. Dia kata, "Aku ceraikan kau dengan talak tiga terus." Saya jawab balik, "Thank you'.

RUBIAH: Semasa lafaz cerai itu dibuat, adakah Puan berada dalam keadaan suci, mengandung atau haid?

SHAZLIN: Saya berada dalam keadaan suci semasa lafaz cerai tersebut.

RUBIAH: Sejak Februari 2009, adakah masih tinggal bersama?

SHAZLIN: Kami tidak tinggal bersama sejak April 2008 sehingga hari ini.

RUBIAH: Semasa lafaz cerai itu dibuat, adakah Puan yakin defendan (Radhi) melafazkan secara sukarela atau dipaksa?

SHAZLIN: Dia tidak dipaksa. Sebelum dia melafazkan cerai, dia ada marah-marah dan kemudian terus lafaz.

RUBIAH: Selepas itu, apa terjadi?

SHAZLIN: Pada Julai 2009, kami bertengkar lagi ketika berSMS (khidmat pesanan ringkas).

RUBIAH: Siapa SMS dulu?

SHAZLIN: Tidak pasti.

RUBIAH: Apakah nombor defendan?

SHAZLIN: 017-355 6596.

RUBIAH: Apakah nombor Puan?

SHAZLIN: 012-355 9953.

RUBIAH: Apakah isi kandungan SMS yang dihantar?

SHAZLIN: Saya ingin mengesahkan lafaz cerai yang dibuatnya pada 25 Februari 2009. Defendan balas SMS saya itu.

RUBIAH: Apakah jawapan pihak defendan?

SHAZLIN: Lebih kurang begini jawapannya: "Saya (Radhi) tidak kata saya ceraikan kau, 'Oklah, I ceraikan you talak, 3, 2, 1?' Saya kata kalau." Kalau tidak silap, ia pada September 2008.

Kemudian, Shazlin memberitahu mahkamah bahawa mahkamah memutuskan lafaz cerai pertama tidak sah kepada peguam bela terdahulunya.

RUBIAH: Kemudian apa jadi?

SHAZLIN: Saya SMS Radhi tanya bagaimana dengan lafaz cerainya yang kedua. Katanya: "Yes, I did". Dia mengaku yang dia ada melafazkan cerai tersebut.

Peguam melampirkan sesalinan info SMS dari nombor telefon 017-355 6596 itu kepada mahkamah.

RUBIAH: Adakah pihak plaintif datang ke mahkamah untuk mengesahkannya dalam masa dua minggu?

SHAZLIN: Kami masih sedang dalam proses prosiding pengesahan cerai.

RUBIAH: Adakah pihak peguam terdahulu Puan mendaftarkan penceraian itu?

SHAZLIN: Tidak ada sebarang pendaftaran dalam masa 14 hari dari tarikh SMS dihantar.

RUBIAH: Adakah Puan yakin suara lafaz cerai itu adalah daripada defendan?

SHAZLIN: Saya yakin itu adalah suara pihak defendan.

sumber:mstar.com.my
Baca Lagi...

Friday, October 30, 2009

Badan ikan toman bunga tertera kalimah "Allah"


KEAJAIBAN MAHA PENCIPTA ... Seorang peneroka di Rancangan Tanah Felda Aring Satu, Gua Musang, Mustapha Zakaria menunjukkan ikan toman bunga peliharaannya yang tertera kalimah Allah pada badan ikan itu. Mustapa memelihara ikan itu lebih setahun lalu apabila rakannya memberi ikan tersebut yang dipancing di Sungai Kampung Rasa, Pasir Puteh. Kalimah Allah itu kelihatan lebih jelas menjelang malam ekoran badan ikan yang lebih bercahaya. -Foto BERNAMA

SEORANG peneroka di Rancangan Tanah Felda Aring Satu, Gua Musang, Mustapha Zakaria, 53, tidak sangka ikan toman bunga yang dipelihara lebih setahun lalu ada tulisan kalimah Allah di kedua-dua belah badannya.

Semasa ditemui di rumahnya baru-baru ini, beliau menyedari mengenai perkara itu apabila diberitahu oleh imam rancangan tanah berkenaan, Nordin Ariffin, yang mengunjungi rumahnya ternampak tulisan itu.

"Saya pada mulanya tidak percaya ada tulisan kalimah Allah tetapi selepas saya amati ikan yang saya pelihara di dalam akuarium itu, ternyata ia adalah benar.

"Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu dan saya tidak bercadang untuk menjualnya walaupun ada peneroka menawarkan harga RM300," katanya.

Mustapha berkata dia memperolehi ikan toman itu daripada rakannya di Kampung Rasa, Pasir Puteh, selepas rakannya memancing di sungai kampung terbabit.

Beliau berkata semasa membawa balik ikan toman itu lebih setahun lalu saiznya lebih kecil dalam sekitar setengah kilogram sahaja tetapi sekarang bertambah besar hingga mencapai lebih satu kilogram.

"Memang pada mulanya saya tidak berniat untuk memelihara lebih lama kerana sebelum ini saya pernah memelihara ikan jenis serupa dan menjualnya kepada orang lain," katanya.

Namun, tambah beliau kali ini dia akan terus menjaga dengan baik ikan toman berkenaan yang semakin bercahaya dan semakin ramai peneroka rancangan tanah terbabit datang melihatnya setiap hari.

"Menjadi hobi saya memelihara ikan dalam akuarium sejak usia remaja lagi tetapi ini adalah pertama kali ikan yang saya pelihara ditemui ada tulisan kalimah Allah.

"Ikan toman ini lebih bercahaya pada waktu malam hingga tulisan kalimah jelas kelihatan," katanya. BERNAMA

Baca Lagi...

Tuesday, October 27, 2009

Bapa Balas Dendam Terhadap Anaknya

Hahaha, bodoh gila cerita nih. Mungkin ada yang dah baca. Tapi tak apa. Baca je


Alor Setar – Seorang lelaki berumur 48 tahun telah ditahan polis hari
ini kerana telah mencabul kehormatan menantu perempuannya. Kejadian
dikatakan berlaku lebih kurang pukul 11 pagi apabila tertuduh dikatakan telah
masuk ke dalam bilik menantunya yang pada masa itu tinggal berseorangan
kerana suaminya telah pergi bekerja. Tertuduh kemudian dilaporkan telah
memaksa mangsa menanggalkan bajunya lalu tertuduh telah meramas buah dada
mangsa dan menghisap tetek mangsa. Jiran-jiran dapat menangkap tertuduh
setelah mendengar jeritan mangsa lalu membawanya ke balai polis.

Di balai polis, suami mangsa, iaitu anak lelaki tertuduh, terus meluru
kepada ayahnya dengan perasaan marah bercampur kesal. Si anak dengan
menahan sabar berbaur kemarahan, dengan nada suara menggigil kerana
menahan amarah yang amat sangat, lalu bertanya kepada ayahnya, “Ayah…..
naper ayah buat camni ha? Ayah dah hilang akal ke? Tak malu ke? Maner kami
nak letak muka, ayah? Kenaper ayah? naper? why? why?”

Si ayah pun dengan tenang lagi selamba menjawab, “Oo… malu konon…
aper yang nak dimalukan?” Si anak berdesing telinga apabila mendengar
jawapan ayahnya. “Apa??!! Tak malu??!!! Hinssffss… ” Badan si anak telah
menggeletar teramat kerana cuba menahan marah. “Dah tu…..” tempelak
si ayah, “yang kau tu dulu hisap tetek bini aku, aku tak kisah
pun. Takkan skang ni aku nak hisap tetek bini kau pun tak boleh??? Kena adil
laaa….”
Si anak terus jadi sawan mendengar jawapan ayahnya………..

p/s:nak kena terajang tol..
Baca Lagi...

Thursday, October 22, 2009

Budak kucing dipulau rakan



FENGKAI (China): Keadaan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang digelar budak kucing menyebabkan doktor pening kepala selepas bulu yang tebal tumbuh di seluruh tubuhnya.

Lebih pelik, Li Xiaoyuan hanya memiliki tanda lahir seperti tahi lalat di belakang tubuhnya beberapa bulan lalu.

Namun, rambut mula tumbuh daripada tanda lahirnya itu dan kemudian merebak ke seluruh belakang badannya dan kini mula tumbuh di lengan dan mukanya.

Bapa Xiaoyuan, Li Yan berkata, doktor pada mulanya memberitahunya ia hanya tanda lahir, termasuk ketika pertumbuhan bulu mula merebak ke bahagian lain tubuh anaknya.

“Kini bulu itu tumbuh di separuh daripada tubuh Xiaoyuan.

“Kanak-kanak lain kini tidak lagi mahu bermain dengannya dan menggelarnya budak kucing. Mereka juga membencinya,” katanya.

Ibu Xiaoyuan, Li Jiang yang kini menetap di Fengkai, selatan China sedih dengan nasib anaknya.

“Kami sekeluarga sedih kerana beliau terpaksa menderita dan tertekan akibat keadaan fizikalnya,” katanya.

Pakar bedah Hospital Dermatologi Zhaoqing, Dr Lou Zhongquan percaya, Xiaoyuan mungkin menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan tahi lalat mengeluarkan bulu tanpa had.

“Kami boleh menggunakan laser untuk merawatnya ketika ia kecil.

“Namun, jika kami mampu buang melalui pembedahan sekalipun pada masa ini, kemungkinan besar pendarahan berterusan berlaku,” katanya. - Agensi

sumber:hmetro
Baca Lagi...

Monday, October 19, 2009

Artis-Sharifah Sofea Nikah


PERANGAI ‘gila-gila’ Sharifah Sofea memikat hati Syed Ismail sehingga mereka akhirnya memilih untuk mempunyai ikatan yang sah, semalam.

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Sharifah Sofea Syed Hussein, 24, telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali, 31, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta tepat pukul 12.15 tengahari semalam.

Jika Ismail tertarik dengan keletah manja dan ‘gila-gila’nya, Sofea pula memilih suaminya kerana sifat yang sama dan menyenangi diri lelaki itu sendiri.

“Saya suka sebab ‘he’s him’. Dia suka membuat saya ketawa dan perasaan suka dan sayang itu datang begitu sahaja tanpa saya sedar..,” kata anak kelahiran Liverpool, England ini.

Sementara itu, lelaki bergraduan bisnes dari sebuah universiti di Australia ini menambah dia menyenangi Sofea kerana wanita itu sempurna di matanya.

“Dia melengkapi hidup saya kerana dia suka membuat saya gembira dan seorang yang kelakar,” ujar Ismail pula.

Pasangan yang bercinta selama dua setengah tahun ini diijabkabulkan oleh bapa Sofea sendiri, Syed Hussein Syed Harun dengan mas kahwin sebanyak RM100 sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid, Ustaz Mohd. Nazarudi Nadzir.

Turut hadir adalah ibu Sofea, Maureen Hussein, ibu dan bapa Ismail, Sharifah Saidah Tun Syed Nasir dan Syed Ibrahim Al-Ali serta keluarga dan rakan yang rapat.

Pengantin perempuan menerima sembilan hantaran berupa wang hantaran berjumlah RM20,000, cincin, set beg tangan beserta beg duit Coach, telekung sembahyang dan sejadah, coklat, set persalinan wanita, al-Quran, set perhiasan mutiara dan sirih junjung.

Sementara pengantin lelaki pula menerima 11 hantaran berupa telefon bimbit Blackberry, kemeja Hugo Boss, al-Quran, komputer riba Dell, set dompet dan tali pinggang Hugo Boss, coklat, jam tangan, cincin dan sirih junjung.

Menurut Sofea, dia dan suami memilih untuk tidak bertunang sebaliknya memilih untuk terus bernikah selepas melalui proses merisik pada 26 Mac lalu.

Alasannya kerana tidak mahu membazir. Kesederhanaan majlis yang serba ringkas itu terpamer apabila majlis resepsi Sofea juga berlangsung di masjid itu tanpa upacara bersanding dan sekadar majlis nikah dan makan tengahari.

“Saya berasa sedih, gembira, masih ‘khayal in my way’. Saya rasa seperti nak nangis sekarang kerana sangat gembira dan perasaan bercampur baur.

“Perkahwinan kami berlangsung dengan cepat seperti yang dirancang sehingga saya tak rasa terlalu gementar.

“Memang inilah majlis kahwin yang saya nak,” luah anak ketiga daripada empat beradik ini yang manis memakai cincin nikah emas putih bertatah berlian dari Arab Saudi di jari kirinya.

Pertemuan dan jodoh Sofea bagaikan ‘secocok’ apabila dia yang merupakan anak perempuan bongsu dalam keluarganya itu disatukan dengan anak tunggal kacukan Melayu-Jordan itu.

Erti perkahwinan juga lebih bermakna buat Sofea dan dia menganggap ‘tiada ‘batasan’ antara satu sama lain dan tiada siapa yang boleh menghalang kami untuk melakukan apa yang kami ingini..’.

Selepas berkahwin, pelakon drama ‘Spa Q’ selama dua musim berturut-turut dan ‘Nur Kasih’ ini berkata dia akan meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan.

Ismail juga berkata dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan karier seni isterinya cuma Sofea perlu meminta kebenaran tentang tawaran lakonan daripadanya.

Mengenai bulan madu, Sofea yang cantik mengenakan baju kurung ala-ala ‘dress’ dan ‘veil’ berwarna putih rekaan Amir Luqman ini sambil tersenyum manja hanya menyerahkan hal itu kepada suaminya.

“Kami mempunyai dua pilihan lokasi bulan madu iaitu sama ada ke Kepulauan Maldives atau Colorado, Amerika pada bulan Februari tahun depan,” jawab suaminya yang turut berbaju Melayu warna yang sama sambil sesekali memandang Sofea.

Mereka berdua juga tidak merancang tentang anak sebaliknya menyerahkan hal itu kepada kuasa Allah untuk memberikan rezeki anak pada bila-bila masa sahaja.

Minggu hadapan, majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan dilakukan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

“Tidak ramai yang dijemput dalam majlis itu melainkan keluarga dan rakan terdekat. Majlis itu berlangsung dalam suasana ‘privasi’.

“Memanglah nampak seperti tak manis bila tak jemput semua termasuk pihak media tetapi sekurang-kurangnya kami jemput ke majlis nikah kami,” ujarnya yang akan tinggal bersama suaminya di Shah Alam.

Selepas selesai majlis perkahwinan mereka, Sofea akan sibuk dengan pengambaran sitkom ‘Simpang Tiga’ dan menantikan tayangan filem ‘Pisau Cukur’ lakonannya.

Untuk lihat lagi koleksi gambar nikah S.Sofea klik sini

Sumber:Mstaronline.com.my

Baca Lagi...

Tuesday, October 13, 2009

Kekejaman Demi Mendapatkan "Foie Gras"


Foie Gras atau lebih dikenali sebagai "Fat Liver " dari itik angsa,dalam melayunya Lemak Hati hasil dari itik angsa.Ia merupakan satu menu makan kategori mewah berasal dan terkenal dari Perancis.Pasti anda merasa bangga sekiranya dapat menikmati hidangan ini dalam restoran mewah tp tahukah anda bagaimana dan dari mana untuk mendapatkan "Fat Liver" ni.

Gambar di bawah ni menceritakan bagaimana ia dihasilkan




menyakitkan...
itik dipaksa makan dengan memasukkan tiub besi ke dalam mulut,


tempat kurungan yg sempit


tak selesa dan tiada kebebasan untuk bergerak dan tiada masa untuk tidur kerana mereka akan dipaksa makan lagi dalam satu2 tempoh yg terdekat.


terpaksa berdiri sepanjang masa menyebabkan kaki bengkak dan menyakitkan.


sungguh kejam dan amat menyedihkan terpaksa hidup dalam keadaan yg menyeksakan.


ada itik2 yg mati kerana tak tertahan dengan keadaan ini dan lihat makanan yg masih lagi penuh dalam mulutnya...


menyakitkan...kesian..


lihatlah perbezaan di atas...yg kanan tu adalah hati itik normal dan yg kiri tu adalah hati itik yg berlemak yg dipaksa makan.Saiznya sungguh luarbiasa besarnya..


inilah hasilnya...demi mendapatkan hasil yg dikategorikan menu mewah ini..

kredit to:funkydowntown.com
Baca Lagi...
 

PENGIKUT SETIA

DISEBALIK

free counters Google PageRank Checker

BELACAN™ Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal