Download Percuma-Software,Games,Phone,etc!
Powered by Download-Home2u
Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Monday, September 6, 2010

BERITA:PELAWAK YUSOF CHONG MENINGGAL


KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon veteran terkenal, Yusof Chong meninggal dunia di Hospital Selayang dekat sini, kira-kira 3.30 petang Ahad akibat komplikasi penyakit, termasuk sakit jantung dan darah tinggi.

Beliau berusia 63 tahun.

Allahyarham dirawat di hospital itu sejak lima hari lepas setelah mengalami komplikasi penyakit tersebut.

Anak ketiga Allahyarham, Ahmad Nuzul, 28, berkata kali terakhir beliau bertemu ayahnya kira-kira 1 petang tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

"Kali terakhir jumpa dengannya, ayah beritahu dia tidak akan sambut raya tahun ini bersama kami lagi.

"Sebelum ini, ayah menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah pada 22 Ogos lalu selepas mengadu sakit semasa dalam perjalanan pulang ke kampung di Jeniang, Sik," katanya ketika ditemui di kediamannya di Selayang Mulia, Batu Caves malam Ahad.

Ahmad Nuzul berkata berikutan kesukaran keluarga menziarahi Allahyarham, beliau memohon pihak hospital untuk memindahkan bapanya ke Hospital Selayang.

Allahyarham menghidap penyakit jantung sejak tahun 2000 yang memerlukannya kerap mendapatkan rawatan.

"Akibat penyakitnya itu, saya sentiasa menemani ayah dan mengikutnya ke mana-mana acara atau tempat ayah membuat persembahan," katanya.

Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai bapa yang periang, bertanggungjawab dan sangat mengambil berat perihal anak-anaknya.

"Memang sedih dengan pemergian ayah, terutamanya pada hari-hari akhir Ramadan. Namun kami sekeluarga redha kerana tuhan lebih menyayanginya," katanya.

Selain Ahmad Nuzul, Yusof meninggalkan empat lagi anak iaitu Zaliana, 32, Ita Zahirah, 30, Ahmad Shatri, 24, dan Siti Nurbaya, 20.

Isterinya, Zaleha Osman meninggal dunia pada 1994.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Ulu Yam selepas solat tarawih malam Ahad.

Sementara itu, presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata kematian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada industri hiburan negara.

"Ini satu perkara yang amat menyedihkan semua orang...beliau merupakan seorang pelawak yang telah mengharumkan nama negara, dan seorang yang berbakat besar dalam industri hiburan," katanya.

Allahyarham terkenal dengan lawak jenakanya yang sering meniru gaya beberapa tokoh negara. - BERNAMA

Baca Lagi...

Friday, April 2, 2010

TERKINI:Din Beramboi Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.

Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

SUMBER:MSTAR.COM.MY


P/S:AL-FATIHAH...

Baca Lagi...

Saturday, December 19, 2009

Memori Along Spoon

Dalam dok cari dan pikir2 apa entry untuk update blog Belacan nih...teringat satu nama yang dulu cukup top pada sekitar pertengahan 90-an iaitu Along Spoon.Hari ini genaplah 10tahun pemergian Arwah.Mesti ada antara pengunjung blog nih kenal sapa tu Along dari band Spoon yg terkenal dengan lagu mendayu2 diorg seperti 'Rindu serindu-rindunya' dan 'Memori sekuntum rindu'.Belacan ada terjumpa satu artikel mengenai kes Along Spoon nih dari blog OhArtis.com jadi biasaklah Belacan 'copy-paste' jerlah artikel nih..bukan maleh nak taip...cuma segan jer..hehehe..kredit to Mr.Khai dari Ohartis.com
-------------------------------------------------------------
Pejam celik pejam celik, dah hampir 10 tahun Along Spoon meninggalkan kita semua. Kami percaya sesiapa yang membesar di pertengahan tahun 1990-an pasti tidak dapat melupakan nama ini. Masa tu memang sedih bila nengok Buletin Utama bila ibu kandung Along tetap percaya yang anaknya masih hidup dan akan kembali suatu hari lagi sedangkan DNA mengesahkan yang mayat tersebut sememangnya Along. Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik yang ketika itu berusia 19 tahun, telah ditemui mati di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999. Along dibunuh ditempat lain sebelum mayatnya di buang di dalam gaung tersebut.


Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya’cob dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja. Masihkah anda ingat mengapa Along dibunuh? Kami tidak mahu sebutkan kerana menghormati orang yang sudah tiada.


Along dan kumpulan Spoon meletup pada ketika itu dengan lagu seperti Rindu Serindunya dan Memori Sekuntum Rindu kini hanya tinggal kenangan, tetapi lagu-lagu’nya masih segar di hati peminat. Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada Along iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi kehebatan vokal Along.

Kami ada mengambil beberapa komen dari peminat di laman web youtube baru-baru ini.

tingat mase dpt brita along dibunuh.. aku mnangis bagai nak rak.. aku simpan pic arwah n buat 1 buku.. tp buku ntah mane aku letak.. btw.. Al Fatihah – missnooi

sedih giler bila tau dia meninggal. time bulan puasa lak 2.lagi berapa hari nk raya. MAMPUS lah PEMBUNUH 2 – sokmo22

biarlh walaupun along dh pegi mninggalkan kite,tp bisanya tetap dlm hati msing2…pmbunuh yg mmbunuh along dh pun ditgkap dn sdg mnjalani hukuman…cuma tggu hukuman bunuh je skang ni..alfatihah.. – kirantomarcelo

ermmm aku minat giler ngan along spoon ni
fanatik sangat giler ngan dia…..
aku cam tak leh nak terima along hilang n dijumpai mati dalam guni kat gaung
huhuhu tragis betul kematian dia erkkk
yang sedihnya mak ayah dia tak leh nak terima dia meninggal dunia…sejak dari hari tu aku dah tak minat mana2 lagi artis yang ada …..sedih sgt coz along pergi terlalu awal…..
ape2pun semoga rohnye dicucuri rahmat…
AL-FATIHAH…. – Maizatulazura

ku rindu kan suara along – bukitchawi84

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengajak anda semua menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham Sabi’ul Malik. Jika arwah masih hidup ketika ini, arwah sudah berusia 29 tahun yang sudah tentu arwah akan terus berkarya dan memberi sumbangan kepada dunia hiburan kita. Mungkin juga akan wujud artikel di Oh! Artis mengenai perkahwinan Along atau something menarik yang dapat dikongsi bersama peminat.

Along, damailah engkau di sana. Frankly sepaking, kami amat merindui kenangan ketika Spoon megah di persada industri hiburan negara ini suatu ketika dulu.

Keratan Akhbar untuk flashback anda.

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi yang menyabit dan menjatuhi hukuman gantung terhadap seorang lans koperal atas tuduhan membunuh penyanyi kumpulan Spoon tidak sepatutnya menerima percakapan beramaran anggota polis itu sebagai keterangan.

Peguam Markhan Singh yang mewakili tertuduh Mohamed Ya’cob Demyati berkata, Mahkamah Rayuan perlu menolak percakapan beramaran anak guamnya kerana ia mengandungi perkataan yang tidak sepatutnya diterima sebagai keterangan.

Katanya, perkataan itu juga tidak merujuk secara khusus kepada fakta kes, sebaliknya ia digunakan untuk mengaitkan Mohamed Ya’cob, 42, terhadap pertuduhan.

Markhan Singh berhujah dalam rayuan anak guamnya terhadap hukuman mati dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Seremban, 10 April 2002, terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along.

Beliau berkata, tindakan mahkamah menerima percakapan beramaran anak guamnya yang mengandungi perkataan “Mayat Along yang saya isi dalam guni telah saya campak ke tepi jalan ke Kuala Klawang dan saya setuju tunjukkan tempat itu” prejudis anak guamnya.

Katanya, berdasarkan kepada urutan gambar tempat kejadian yang dirakam jurugambar, polis terlebih dulu mengetahui tempat mayat Along ditemui sebelum keterangan mengenai kawasan itu diperoleh daripada Mohamed Ya’cob.

“Walaupun mengetahui dulu lokasi mayat, polis menggunakan Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 untuk mengaitkan Mohamed Ya’cob dengan pembunuhan bagi menunjukkan seolah-olah dia yang membawa mereka ke situ,” katanya.

Mohamed Ya’cob dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999.

Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu-Rindunya dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 dan polis menjumpai rangka manusia dipercayai penyanyi itu, yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang, 6 Januari 2000.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Wan Adnan Muhamad dan Datuk Ahmad Maarop akan mendengar hujah pendakwa raya hari ini.


Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh dihadapkan ke tali gantung baru-baru ini. Nyawa dibalas nyawa, itu yang terbaik.




Baca Lagi...

Saturday, November 7, 2009

Kegagalan Pembedahan Plastik(Plastic Surgery)



Ini adalah antara kegagalan 'plastic surgery' yg bukan mencantikkan malah akan menambahkan lagi cacat pada muka seseorang itu.Ramai yg teringin untuk cantik tak kira wanita atau lelaki tambah2 lagi kalau selebriti yg mementingkan penampilan untuk mendapat tawaran.Padahnya pembedahan plastik ni ia tak menjamin seseorng itu akan bertambah cantik atau sebaliknya..tp sekurang2nya buatlah dengan pakar yg bertauliah...huh...sakit woo...klu cantik takpelah kalau buruk bertambah2 lah sakit...buat apa nak ubah apa yg telah diciptakan untuk kita oleh-Nya..
Klik Baca Lagi untuk lagi gambar...















Baca Lagi...

Tuesday, November 3, 2009

Radhi OAG dikenakan waran tangkap!


Shazlin menutup wajahnya dengan tudung semasa tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pagi tadi. -Foto MSTAR oleh AU YEONG HOW

PETALING JAYA: Peguam Syarie, Rubiah Jaafar yang mewakili isteri Radhi OAG, Shazlin Sharif, hari ini memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Radhi OAG kerana gagal hadir pada perbicaraan hari ini.

Mahkamah Rendah Syariah hari ini sekali lagi tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai pelakon dan penyanyi Radhi dari kumpulan OAG, Mohd Radhi Razali dengan isterinya Shazlin Sharif kerana pelakon itu tidak datang.

Justru itu, Hakim Syarie Ghazali Ahmad mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Radhi berkuat kuasa hari ini dan menetapkan tarikh bicara pada 1 Disember 2009 pukul 10.30 pagi.

Di peringkat awal prosiding, Rubiah memberitahu anak guamnya, Shazlin telah dimaklumkan oleh Radhi bahawa dia tidak dapat hadir pada prosiding hari ini.

"Dengan keterangan pihak plaintif (Shazlin), jelas pihak defendan tidak hadir. Saya mohon waran tangkap dikeluarkan," kata Rubiah.

Shazlin yang berbaju kurung biru muda dan bertudung hitam hadir bersama seorang temannya.

Pada 20 Oktober lalu, mahkamah yang sama tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai Radhi dengan isterinya Shazlin kerana pelakon itu gagal hadir pada perbicaraan.

Hakim Syarie, Ghazali Ahmad berkata, ini kerana mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu permohonan lafaz cerai kedua oleh Shazlin yang didakwa dilafazkan suaminya melalui telefon pada 25 Februari lalu.


Shazlin enggan ditemuramah walaupun dikerumuni para wartawan dan jurukamera.

"Mahkamah perlu terlebih dahulu mengetahui berapa jumlah talak dan sama ada talak yang didakwa dilafazkan Mohd Radhi pada 25 Februari lalu jatuh atau tidak," kata Ghazali dalam prosiding mahkamah ketika itu.

Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan 3 November ini untuk perbicaraan semula pengesahan penceraian Mohd Radhi dengan isterinya, Shazlin berhubung dengan lafaz cerai yang didakwa berlaku pada 25 Februari lalu.

Sebelum ini, Shazlin mendakwa Radhi telah mengucapkan lafaz cerai berbunyi 'Oklah, I ceraikan you. Talak 3, 2, 1?' pada September tahun lalu.

Bagaimanapun, selanjutnya, mahkamah dan hakim yang sama mensabitkan tidak berlaku talak antara mereka berikutan Radhi membuat lafaz sumpah penafian (sumpah Syarie) terhadap permohonan lafaz cerai oleh Shazlin.


Peguam Syarie, Rubiah Jaafar mewakili isteri Radhi OAG, Shazlin Sharif.

Berikut adalah pengakuan bersumpah Shazlin dalam sesi soal balas hari ini bersama peguamnya Rubiah:

RUBIAH: Apakah alamat Puan? Adakah seperti dalam surat saman?

SHAZLIN: Ya.

RUBIAH: No kad pengenalan Puan?

SHAZLIN: 780618-10-5542.

RUBIAH: Dalam tuntutan cerai, Februari 2009 pihak defendan ada jatuh talak.. Di mana Puan pada masa itu?

SHAZLIN: Pada tarikh itu, saya berada di tempat kerja di 1307, Tingkat 13, Blok A, Damansara Intan.

RUBIAH: Pukul berapa?

SHAZLIN: Tak ingat, tetapi pada waktu pagi.

RUBIAH: Puan dapat panggilan telefon daripadanya atau puan membuat panggilan telefon kepada defendan (Radhi)?

SHAZLIN: Saya telefon defendan.

RUBIAH: Nombor telefon yang dihubungi?

SHAZLIN: 017-35.. saya tak ingat sebab dia selalu tukar nombor telefon.

RUBIAH: Apa yang diperkatakan dalam perbualan telefon itu?

SHAZLIN: Kami bertengkar dalam telefon dan dia lafazkan cerai. Dia kata, "Aku ceraikan kau dengan talak tiga terus." Saya jawab balik, "Thank you'.

RUBIAH: Semasa lafaz cerai itu dibuat, adakah Puan berada dalam keadaan suci, mengandung atau haid?

SHAZLIN: Saya berada dalam keadaan suci semasa lafaz cerai tersebut.

RUBIAH: Sejak Februari 2009, adakah masih tinggal bersama?

SHAZLIN: Kami tidak tinggal bersama sejak April 2008 sehingga hari ini.

RUBIAH: Semasa lafaz cerai itu dibuat, adakah Puan yakin defendan (Radhi) melafazkan secara sukarela atau dipaksa?

SHAZLIN: Dia tidak dipaksa. Sebelum dia melafazkan cerai, dia ada marah-marah dan kemudian terus lafaz.

RUBIAH: Selepas itu, apa terjadi?

SHAZLIN: Pada Julai 2009, kami bertengkar lagi ketika berSMS (khidmat pesanan ringkas).

RUBIAH: Siapa SMS dulu?

SHAZLIN: Tidak pasti.

RUBIAH: Apakah nombor defendan?

SHAZLIN: 017-355 6596.

RUBIAH: Apakah nombor Puan?

SHAZLIN: 012-355 9953.

RUBIAH: Apakah isi kandungan SMS yang dihantar?

SHAZLIN: Saya ingin mengesahkan lafaz cerai yang dibuatnya pada 25 Februari 2009. Defendan balas SMS saya itu.

RUBIAH: Apakah jawapan pihak defendan?

SHAZLIN: Lebih kurang begini jawapannya: "Saya (Radhi) tidak kata saya ceraikan kau, 'Oklah, I ceraikan you talak, 3, 2, 1?' Saya kata kalau." Kalau tidak silap, ia pada September 2008.

Kemudian, Shazlin memberitahu mahkamah bahawa mahkamah memutuskan lafaz cerai pertama tidak sah kepada peguam bela terdahulunya.

RUBIAH: Kemudian apa jadi?

SHAZLIN: Saya SMS Radhi tanya bagaimana dengan lafaz cerainya yang kedua. Katanya: "Yes, I did". Dia mengaku yang dia ada melafazkan cerai tersebut.

Peguam melampirkan sesalinan info SMS dari nombor telefon 017-355 6596 itu kepada mahkamah.

RUBIAH: Adakah pihak plaintif datang ke mahkamah untuk mengesahkannya dalam masa dua minggu?

SHAZLIN: Kami masih sedang dalam proses prosiding pengesahan cerai.

RUBIAH: Adakah pihak peguam terdahulu Puan mendaftarkan penceraian itu?

SHAZLIN: Tidak ada sebarang pendaftaran dalam masa 14 hari dari tarikh SMS dihantar.

RUBIAH: Adakah Puan yakin suara lafaz cerai itu adalah daripada defendan?

SHAZLIN: Saya yakin itu adalah suara pihak defendan.

sumber:mstar.com.my
Baca Lagi...

Monday, October 19, 2009

Artis-Sharifah Sofea Nikah


PERANGAI ‘gila-gila’ Sharifah Sofea memikat hati Syed Ismail sehingga mereka akhirnya memilih untuk mempunyai ikatan yang sah, semalam.

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Sharifah Sofea Syed Hussein, 24, telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali, 31, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta tepat pukul 12.15 tengahari semalam.

Jika Ismail tertarik dengan keletah manja dan ‘gila-gila’nya, Sofea pula memilih suaminya kerana sifat yang sama dan menyenangi diri lelaki itu sendiri.

“Saya suka sebab ‘he’s him’. Dia suka membuat saya ketawa dan perasaan suka dan sayang itu datang begitu sahaja tanpa saya sedar..,” kata anak kelahiran Liverpool, England ini.

Sementara itu, lelaki bergraduan bisnes dari sebuah universiti di Australia ini menambah dia menyenangi Sofea kerana wanita itu sempurna di matanya.

“Dia melengkapi hidup saya kerana dia suka membuat saya gembira dan seorang yang kelakar,” ujar Ismail pula.

Pasangan yang bercinta selama dua setengah tahun ini diijabkabulkan oleh bapa Sofea sendiri, Syed Hussein Syed Harun dengan mas kahwin sebanyak RM100 sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid, Ustaz Mohd. Nazarudi Nadzir.

Turut hadir adalah ibu Sofea, Maureen Hussein, ibu dan bapa Ismail, Sharifah Saidah Tun Syed Nasir dan Syed Ibrahim Al-Ali serta keluarga dan rakan yang rapat.

Pengantin perempuan menerima sembilan hantaran berupa wang hantaran berjumlah RM20,000, cincin, set beg tangan beserta beg duit Coach, telekung sembahyang dan sejadah, coklat, set persalinan wanita, al-Quran, set perhiasan mutiara dan sirih junjung.

Sementara pengantin lelaki pula menerima 11 hantaran berupa telefon bimbit Blackberry, kemeja Hugo Boss, al-Quran, komputer riba Dell, set dompet dan tali pinggang Hugo Boss, coklat, jam tangan, cincin dan sirih junjung.

Menurut Sofea, dia dan suami memilih untuk tidak bertunang sebaliknya memilih untuk terus bernikah selepas melalui proses merisik pada 26 Mac lalu.

Alasannya kerana tidak mahu membazir. Kesederhanaan majlis yang serba ringkas itu terpamer apabila majlis resepsi Sofea juga berlangsung di masjid itu tanpa upacara bersanding dan sekadar majlis nikah dan makan tengahari.

“Saya berasa sedih, gembira, masih ‘khayal in my way’. Saya rasa seperti nak nangis sekarang kerana sangat gembira dan perasaan bercampur baur.

“Perkahwinan kami berlangsung dengan cepat seperti yang dirancang sehingga saya tak rasa terlalu gementar.

“Memang inilah majlis kahwin yang saya nak,” luah anak ketiga daripada empat beradik ini yang manis memakai cincin nikah emas putih bertatah berlian dari Arab Saudi di jari kirinya.

Pertemuan dan jodoh Sofea bagaikan ‘secocok’ apabila dia yang merupakan anak perempuan bongsu dalam keluarganya itu disatukan dengan anak tunggal kacukan Melayu-Jordan itu.

Erti perkahwinan juga lebih bermakna buat Sofea dan dia menganggap ‘tiada ‘batasan’ antara satu sama lain dan tiada siapa yang boleh menghalang kami untuk melakukan apa yang kami ingini..’.

Selepas berkahwin, pelakon drama ‘Spa Q’ selama dua musim berturut-turut dan ‘Nur Kasih’ ini berkata dia akan meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan.

Ismail juga berkata dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan karier seni isterinya cuma Sofea perlu meminta kebenaran tentang tawaran lakonan daripadanya.

Mengenai bulan madu, Sofea yang cantik mengenakan baju kurung ala-ala ‘dress’ dan ‘veil’ berwarna putih rekaan Amir Luqman ini sambil tersenyum manja hanya menyerahkan hal itu kepada suaminya.

“Kami mempunyai dua pilihan lokasi bulan madu iaitu sama ada ke Kepulauan Maldives atau Colorado, Amerika pada bulan Februari tahun depan,” jawab suaminya yang turut berbaju Melayu warna yang sama sambil sesekali memandang Sofea.

Mereka berdua juga tidak merancang tentang anak sebaliknya menyerahkan hal itu kepada kuasa Allah untuk memberikan rezeki anak pada bila-bila masa sahaja.

Minggu hadapan, majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan dilakukan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

“Tidak ramai yang dijemput dalam majlis itu melainkan keluarga dan rakan terdekat. Majlis itu berlangsung dalam suasana ‘privasi’.

“Memanglah nampak seperti tak manis bila tak jemput semua termasuk pihak media tetapi sekurang-kurangnya kami jemput ke majlis nikah kami,” ujarnya yang akan tinggal bersama suaminya di Shah Alam.

Selepas selesai majlis perkahwinan mereka, Sofea akan sibuk dengan pengambaran sitkom ‘Simpang Tiga’ dan menantikan tayangan filem ‘Pisau Cukur’ lakonannya.

Untuk lihat lagi koleksi gambar nikah S.Sofea klik sini

Sumber:Mstaronline.com.my

Baca Lagi...
 

PENGIKUT SETIA

DISEBALIK

free counters Google PageRank Checker

BELACAN™ Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal