Friday, October 15, 2010
GAMBAR:NEW PROTON INSPIRA
Umum sudah tahu bahawa Proton telah melancarkan model terbarunya Proton Inspira yg merupakan 'Rebranding' dari model Proton Waja...Rekabentuk yg menyerupai model terkenal Jepun iaitu Mitshubishi Lancer ini pasti akan membuatkan ia menjadi kegilaan ramai peminat kereta Malaysia khasnya.Harga yg ditawarkan pun amat menepati dengan kemampuan pembeli serta jauh lebih murah dari Mit.Lancer...hurm..dpt pki Proton Inspira pun jadi ler..janji rupabentuk ala Lancer...mcm model Proton yg mendapat ranking tertinggi iaitu Wira yg boleh di'convert' kepada Lancer Evo dan GSR..golongan muda pasti akan tertarik ngn Proton Inspira..so..ape lagi,moh ler kita pakat pi booking sbb Proton dah Open Booking Now..
Sedikit gambaran Proton Inspira...
Monday, September 6, 2010
BERITA:PELAWAK YUSOF CHONG MENINGGAL
KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon veteran terkenal, Yusof Chong meninggal dunia di Hospital Selayang dekat sini, kira-kira 3.30 petang Ahad akibat komplikasi penyakit, termasuk sakit jantung dan darah tinggi.
Beliau berusia 63 tahun.
Allahyarham dirawat di hospital itu sejak lima hari lepas setelah mengalami komplikasi penyakit tersebut.
Anak ketiga Allahyarham, Ahmad Nuzul, 28, berkata kali terakhir beliau bertemu ayahnya kira-kira 1 petang tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
"Kali terakhir jumpa dengannya, ayah beritahu dia tidak akan sambut raya tahun ini bersama kami lagi.
"Sebelum ini, ayah menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah pada 22 Ogos lalu selepas mengadu sakit semasa dalam perjalanan pulang ke kampung di Jeniang, Sik," katanya ketika ditemui di kediamannya di Selayang Mulia, Batu Caves malam Ahad.
Ahmad Nuzul berkata berikutan kesukaran keluarga menziarahi Allahyarham, beliau memohon pihak hospital untuk memindahkan bapanya ke Hospital Selayang.
Allahyarham menghidap penyakit jantung sejak tahun 2000 yang memerlukannya kerap mendapatkan rawatan.
"Akibat penyakitnya itu, saya sentiasa menemani ayah dan mengikutnya ke mana-mana acara atau tempat ayah membuat persembahan," katanya.
Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai bapa yang periang, bertanggungjawab dan sangat mengambil berat perihal anak-anaknya.
"Memang sedih dengan pemergian ayah, terutamanya pada hari-hari akhir Ramadan. Namun kami sekeluarga redha kerana tuhan lebih menyayanginya," katanya.
Selain Ahmad Nuzul, Yusof meninggalkan empat lagi anak iaitu Zaliana, 32, Ita Zahirah, 30, Ahmad Shatri, 24, dan Siti Nurbaya, 20.
Isterinya, Zaleha Osman meninggal dunia pada 1994.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Ulu Yam selepas solat tarawih malam Ahad.
Sementara itu, presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata kematian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada industri hiburan negara.
"Ini satu perkara yang amat menyedihkan semua orang...beliau merupakan seorang pelawak yang telah mengharumkan nama negara, dan seorang yang berbakat besar dalam industri hiburan," katanya.
Allahyarham terkenal dengan lawak jenakanya yang sering meniru gaya beberapa tokoh negara. - BERNAMA
Friday, July 9, 2010
INFO:Jenis wanita dielak lelaki
SEMEMANGNYA sukar untuk mengenal hati budi seseorang sama ada lelaki ataupun wanita pada pertemuan pertama. Masa dan ruang amat diperlukan untuk memahami perasaan dan pandangan insan yang ingin didekati itu.
Tanpa komunikasi yang efektif, mungkin payah untuk seseorang meramal sifat atau perangai seseorang yang lain. Perbualan di telefon bimbit, penghantaran mesej ringkas atau e-mel sebenarnya belum cukup untuk memahami soal sikap dan sifat.
Ramai pasangan kekasih mengalami kesukaran seumpama ini pada awal perhubungan. Perasaan bimbang dan curiga mungkin boleh timbul apabila memikirkan tentang pilihan yang hendak dibuat.
Pesona Kosmo! minggu ini memberi panduan tentang beberapa sifat wanita untuk dijadikan panduan lelaki. pada masa yang sama, golongan wanita juga boleh bermuhasabah diri melaluinya.
Wanita manja
Wanita yang bersifat manja sering dilihat sebagai golongan yang suka bergantung harap dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi untuk berkahwin. Apa yang lebih merisaukan bagi wanita jenis ini adalah lelaki sukar untuk mengenal pasti sifat sebenar mereka apatah lagi untuk menjalin hubungan yang erat.
Pada awalnya, wanita ini akan berubah apabila ditegur tentang perangai manja dan sikap terlalu bergantung itu. Teguran tersebut lantas membuatkan wanita ini bersikap ultra berdikari demi membuktikan sebaliknya.
Walau bagaimanapun, apabila wanita ini mula menjalin hubungan dengan seseorang dan dia berasa selamat didampingi, maka akan wujud keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi si lelaki.
Wanita benci lelaki
Kebanyakan lelaki gemar memberi peluang kepada wanita jenis ini, malah berusaha menjalin hubungan dengan mereka kerana difikirkan lebih mencabar. Sifat wanita ini yang jauh berbeza berbanding wanita lain membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka.
Walau bagaimanapun, sifat mencabar dan pemarah ini juga kadangkala membuat ramai lelaki ragu-ragu meneruskan perhubungan yang lebih jauh seperti berkahwin dengan mereka.
Lelaki hanya suka bergaul dengan wanita jenis ini tanpa memikirkan sebarang komitmen. Jelas, wanita ini bukan untuk jangka masa panjang. Kalau ada pun, mungkin hanya fikiran jahat untuk menjalin hubungan asmara semata-mata.
Begitupun, wanita jenis ini memiliki sifat bersaing yang tinggi dan kadangkala boleh berkelakuan amat menggoda. Sebenarnya, sifat yang ditonjolkan wanita jenis ini adalah untuk melindungi dirinya daripada dilukai oleh lelaki.
Wanita karier
Lazimnya, ramai beranggapan bahawa golongan lelaki terancam dengan wanita berkarier atau berjaya. Sebenarnya, lelaki bukan berasa terancam untuk bersama wanita jenis ini. Sebaliknya, lelaki beranggapan bahawa wanita yang berjaya dalam kerjaya tidak memerlukan dampingan lelaki.
Kebanyakan wanita yang memiliki karier yang stabil telah pun membeli kereta dan rumah untuk diri sendiri. Mereka juga mempunyai kehidupan sosial yang menyeronokkan. Dalam senario ini, kehadiran seseorang lelaki dianggap tidak mampu memberi lebih daripada apa yang mereka miliki. Namun, ramai juga lelaki yang tertarik wanita jenis ini kerana dari segi kewangan, tidak akan bergantung sepenuhnya pada mereka.
Wanita banyak cakap
Mengikut perspektif lelaki, wanita yang banyak bercakap mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada persepsi yang mengatakan wanita menggunakan lebih daripada 1,000 perkataan setiap hari berbanding golongan lelaki. Namun, ia amat bergantung kepada topik perbualan seseorang individu.
Misalnya, apabila ada topik mengenai sukan maka lelaki lebih gemar berbincang tentang perlawanan, para pemain dan keputusan permainan. Sebaliknya, perbualan telah bertukar kepada topik feminin, fesyen, kosmetik dan kanak-kanak maka wanitalah yang akan banyak berkata-kata.
Selalunya wanita dituduh dengan istilah 'banyak cakap' itu kerana mereka suka berbicara tentang subjek yang digemari serta ingin berkongsi. Itu tidak bermakna si dia mulut murai.
Sumber:Kosmo Online
Wednesday, July 7, 2010
GAMBAR : 10 JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIA
1. Akashi-Kaikyo Bridge, Japan – 1,991 m
2. Xihoumen Bridge, China – 1,650 m
3. Great Belt Bridge, Denmark – 1,624 m
4. Runyang Bridge, China – 1,490 m
5. Humber Bridge, England – 1,410 m
6. Jiangyin Suspension Bridge, China – 1,385 m
7. Tsing Ma Bridge, China – 1,377 m
8. Verrazano Narrows Bridge, USA – 1,298 m
9. Golden Gate Bridge, USA – 1,280 m
10. Yangluo Bridge, China – 1,280 m
Tuesday, June 15, 2010
GAMBAR: JUST FOR FUN..FAIL
Klik baca lagi untuk lagi gambar..