Download Percuma-Software,Games,Phone,etc!
Powered by Download-Home2u

Wednesday, September 23, 2009

13 Cara Mudah Utk Kosongkan Fikiran Yg Berserabut



Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenalpasti Yang Utama
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting
Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.

Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam
Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

10. Kemas Ruang Anda
Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi
Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat
Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!


kredit:http://istimewa2u.blogspot.com/
Baca Lagi...

Monday, September 21, 2009

Hadis : Jangan Menolak Sedekah




Hadis :
Dari Salim bin Abdillah bin Umar dari ayahnya r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah memberi sesuatu kepada Umar bin al-Khattab. Maka Umar berkata : "Berikanlah kepada orang yang lebih fakir daripada aku." Nabi bersabda: "Ambillah lalu kembangkan atau engkau sedekahkan. Sesuatu yang datang kepada mu dari harta ini sedangkan engkau tidak mengharap dan tidak memintanya maka ambillah dan sesuatu yang tidak datang kepada mu maka janganlah engkau ikutkan diri mu pada sesuatu itu." (Muslim)

Huraian :
Masyarakat moden sekarang lebih mudah dan senang bersedekah. Ini bersesuaian dengan peredaran masa yang membolehkan kita bersedekah menggunakan potongan melalui bank serta yang terbaru bersedekah atau menderma menggunakan sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon mudah alih. Al-Quran menyebut yang maksudnya: "Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mu'allaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan dalam perjalanan). (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah:60).

Pada zaman ini tidak hairan jika dikatakan ramai manusia sanggup menipu untuk mendapatkan sedekah. Sebaliknya amat menghairankan dan jarang-jarang berlaku orang yang menolak sedekah sedangkan keadaan fizikal dan hidupnya amat memerlukan. Mereka tidak meminta jauh sekali ingin mendesak dalam mendapatkan sesuatu daripada orang lain. Dalam hal ini Islam sesungguhnya amat menggalakkan kita agar berusaha sedaya upaya untuk mencari rezeki untuk menyara kehidupan dan Islam tidak menggalakkan kita meminta sedekah. Namun seandainya sesuatu itu datang tanpa diduga atau diminta ia dianggap sebagai pemberian dan rezeki daripada Allah SWT. Terimalah ia dengan penuh kesyukuran mudah-mudahan rezeki itu akan bertambah bahkan membolehkan kita bersedekah pula kepada orang lain. Kata orang ‘tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang di bawah." Dengan perkataan lain Islam menggalakkan kita bersedekah namun Islam tidak sekali-kali menggalakkan kita menjadi orang peminta sedekah.


kredit:dakwah2u.blogspot
Baca Lagi...

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya



Belacansedap ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pembaca,pelawat,pengikut setia Belacansedap.blogspot
sekiranya terkasar bahasa pada setiap post dalam blog ini.
Baca Lagi...

Friday, September 18, 2009

Video-Pandai Budak Nih Tiru Nari Wonder Girls



Dasyat budak cute Korea nih..dia boleh niru gaya menari dalam setiap video clip top Wonder Girls(WG) iaitu kumpulan remaja wanita dari Korea.Mesti dia peminat setia ...terkejut WG lihat depan mata sendiri budak perempuan rasanyer umur dalam 4-5thn nih dapat hafal semua gaya tari diorg yg ditayangkan dalam siaran Starking rancangan hiburan Korea.Tengok video bawah nih..klu korang nak check balik video clip WG klik sini


Baca Lagi...

Thursday, September 17, 2009

Tutorial-Memasang 'Recent Post with Thumbnail'


Tutorial kali ini adalah bagaimana memasang 'Recent Post with Thumbnails' atau Post Terbaru beserta dengan gambar.Mudah sahaja kerana pihak Blogger telah menyediakan fungsi ini dan anda hanya perlu memasangnya sahaja bagi mencantikkan lagi muka blog anda.Ia juga memudahkan pengunjung atau pembaca blog anda mengetahui apa post2 terkini yg diterbitkan oleh anda.Ok

1.Anda perlulah daftar masuk ke dashboard blog anda.

2.Pilih Layout-Page Elements

3.Klik pada Add Gadget di template blog anda.

4.Klik pada Featured


5.Scroll down pilih pada Recent Post-Show recent post with thumbnails and summeries...


6.Pada menu 'Configure Gadget',anda boleh mengubah title,height dan lain2 lagi mengikut kehendak anda dan bersesuain dengan blog anda pada kawasan yg bertandakan merah seperti gambar di bawah.


7.Setelah selesai klik Save.

8.Dan hasilnya akan seperti di blog ini di bahagian kanan.

Selamat mencuba..enjoy
Baca Lagi...

Tuesday, September 15, 2009

Tutorial-Pasang Read More Dalam Blogspot cara mudah

Kini pihak Blogger telah membolehkan pengguna/pemiliknya memasang Auto Read More pada setiap post/entry blog.Tanpa perlu bersusah payah mencari template yg menyediakan sekali fungsi Read More atau menambah kod-kod ke dalam template yg digunakan.Tips/tutorial memasangnya sgt mudah dan cara menggunakannya juga senang seperti blog Wordpress.

Bagi mengaktifkan fungsi Read More ni,anda perlulah Log-in ke Dashboard.


Dalam akaun blog anda,klik Setting..


dan klik pada tab Basic,dan scroll ke bawah-pada heading 'Global Seting-Select post editor' tandakan pada 'Updated editor'..


Seterusnya klik pada Layout-Page Elements-klik edit pada Blog Post body



Anda boleh menukar perkataan Read more kepada yg anda suka seperti Baca selanjutnya dan lain2..bagi tutorial ini saya just follow aje..pakai default Read More


Buatkan satu post/entry baru,dan klik pada 'Insert Jump Symbol' seperti gambar dibawah untuk bahagikan post untuk full post review.Perhatikan akan wujud dotted line pada antara post/entry anda dan itu menandakan setelah Read More di-klik,sambungan post dibawah dotted line akan dipaparkan.


Untuk Edit HTML anda hanya perlu masukkan kod '<'--more--'> bagi membahagikan post/entry anda.Lihat gambar dibawah..


Setelah selesai..Publish Post-kan post/entry anda dan akan kelihatan seperti gambar dibawah.


Jadi,senangkan tak payah pening kepala nak edit Html template korang,
Harap tutorial ini dapat membantu anda berblogging.
Baca Lagi...

Tips-Personas Untuk Cantikkan Firefox(Add-Ons)

Apa itu Personas?

Personas adalah “kulit” untuk mengubah pandangan pelayar web Firefox anda.Dengan mudah anda boleh suis Personas dengan hanya beberapa klik.Terdapat ratusan Personas yang boleh dipilih dan setiap hari ditambah bilangannya.Anda juga boleh membuat personas sendiri dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

Bagaimana untuk menambah Personas pada Firefox?

Dalam masa kurang daripada 60 saat ,anda boleh memasang satu Personas dan mengubah pandangan pelayar web Firefox anda.Lawati GetPersonas.com dan klik butang muat turun.Selepas pemasangan,anda akan ditanya untuk mula semula Firefox.Jika anda ingin melihat bagaimana hasilnya,anda boleh menyaksikan satu demonstrasi video yang cepat disini.Sekali Personas dipasang,anda akan berupaya untuk memilih dan mengubah pilihan Personas anda bila-bila masa hanya dengan klik pada topeng musang kecil dalam selekoh sebelah kanan lebih rendah tingkap penyemak imbas anda.

Contoh paparan Personas




Dapatkan Personas Add-Ons Untuk Firefox
Baca Lagi...

Monday, September 14, 2009

Gadis Hilang:Pulanglah Ibu menanti dihari Lebaran



Blog kedaikopitepimasjid memohon para pembaca sekiranya mempunyai sebarang info tentang gadis diatas agar segera menghubungi bapanya. Kehilangan anak gadis mereka sejak 21 Ogos yang lalu meresahkan seisi keluarga terutamanya Puan Salmah Ahmad, ibu kepada Norshafarahani bt Alias(gambar diatas) atau pangilan mesranya Syera. Kehilangan Syera yang juga pelajar Politeknik Kulim tidak diketahui puncanya namun berkemungkinan disebabkan terasa hati apabila En. Alias, bapa kepada Syera menanyakan tentang wang pinjaman PTPTN yang berkurangan tanpa sebab yang munasabah. Pesanan terakhir yang ditinggalkan kepada sahabat baiknya yang juga pelajar Polteknik Kulim " Terima Kasih kerana pernah menjadi sahabat" dan selepas itu beliau tidak dapat dihubungi sehingga kini.

"Pulanglah Syera..kerana kami amat merinduimu..terutama sekali ibumu yang saban hari menitis air mata.." kata ayahnya dengan nada pilu sambil menitiskan air mata.


Ramadhan yang menuju ke penghujungnya semakin hambar dirasakan keluarga En Alias. Ramadhan tanpa ditemani anak tersayang amat memilukan apatah lagi Aidilfitri bakal menjelma. Semoga para pembaca ataupun blogger dapat menyebarkan berita ini agar sama-sama kita membantu menemukan gadis ini kepada keluarganya.

En Alias Othman dapat dihubungi di talian 016-4833539 atau dialamat 257, Mukim 5 Kubang Semang, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

(kadang-kadang tidak bercermin mata)
Baca Lagi...

Pelawak Ahmad Busu kena serangan strok.


Ahmad Busu terkenal dengan watak Mat Deris dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. -foto UTUSAN

PELAKON dan pelawak terkenal Ahmad Busu kini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah mengalami serangan strok dua hari lepas. Ahmad Busu yang terkenal dengan watak Mat Deris dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak sangka keghairahannya memakan buah durian menyebabkan dirinya kini terlantar di hospital.

Ahmad Busu mula mengadu yang dia tidak boleh berjalan pada hari Jumaat apabila dia tidak boleh berjalan dan mengimbangi badannya.

Menurut anak keduanya, Mohd Afiq Ahmad, ayahnya sudah dua bulan mengadu sakit kepala setelah makan durian dengan kuantiti yang banyak.

Ahmad Busu yang mengidap sakit kencing manis, bagaimanapun enggan ke hospital kerana menganggap keadaan kesihatannya tidak serius.

Namun pada Jumaat lepas, Ahmad Busu langsung tidak boleh berjalan dan sakit kepalanya juga bertambah teruk. Akhirnya setelah puas dipujuk keluarga, barulah dia mahu ke hospital.

"Setelah melihat keadaan ayah yang tidak boleh berjalan dan terpaksa dipapah, akhirnya dia bersetuju untuk ke hospital. Jadi pagi semalam, saya dan ibu membawa ayah ke PPUM," kata Afiq.

Ahmad Busu dimasukkan ke Wad Neurosains, Tingkat 5. Ramai rakan artis termasuk rakan-rakan 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' sudah pun menziarahi Ahmad Busu.

Kata Afiq lagi, menurut doktor yang merawat ayahnya apa yang dialami oleh Ahmad Busu ialah 'strok tidak boleh timbang atau kawal badan.'

"Setelah melakukan CT scan ke atas ayah, doktor memberitahu ayah mendapat serangan strok. Mata ayah juga kabur dan kakinya masih kebas-kebas hingga sekarang.

"Ayah kini mendapat rawatan insulin untuk mengawal kencing manis dari lebih melarat," kata Afiq.

Ahmad Busu, 56 tahun, cukup sinonim dengan watak Mat Deris yang dibawanya dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang disiarkan di TV3. Sitkom ini merupakan terbitan dan arahan Hatta Azad Khan yang menceritakan mengenai kehidupan harian penduduk di Flat Seri Wangi.

Kisah ini juga telah dipentaskan sebagai pementasan muzikal pada tahun 2006 serta dijadikan siri komik strip mingguan di dalam akhbar Berita Minggu.

Ahmad Busu telah menderita penyakit kencing manis sejak 13 tahun lamanya. Menurut isterinya, Seri Binti Mohamad, biarpun kurang sihat beliau tetap gagahkan diri meneruskan kariernya dalam bidang lakonan bagi menyara empat orang anaknya - bapa kepada Nur Hamizah, 24, Mohd. Afiq, 23, Muhammad Luqman, 16, dan Nur Hanis, 5,

Akibat penyakit yang dialaminya, sedikit sebanyak telah menjejaskan perjalanan kerjayanya sebagai pelakon dan pelawak sepenuh masa.

Berat badan Ahmad Busu juga telah susut teruk lebih dari daripada 10 kilogram. Kalau dulu saiz pinggang seluarnya 40 inci tetapi sekarang ia telah susut kepada 36 inci.

Malah, ayah penyayang ini paling risau apabila mengenangkan nasib anak bongsu saya iaitu Nur Hanis yang baru berusia lima tahun.

"Dia selalu risau tentang anak-anaknya terutama Hanis. Anak-anak lain dia kurang risau kerana mereka sudah besar," jelas Seri yang setia menemani suaminya di hospital.


sumber:mstar.com
Baca Lagi...

Sunday, September 13, 2009

Jangan Buat Anak Korang Camni!!


Klik Baca Lagi untuk lagi gambar..



















Baca Lagi...

Saturday, September 12, 2009

Bahaya-Karaoke Bilik Kecil(Bilik Jamban)

TREND KINI: Berkaraoke dalam bilik kecil jadi kegilaan remaja sekarang boleh mendatangkan bahaya kepada pendengaran.
Hiburan dengan bayaran RM1 boleh jejas deria pendengaran dalam jangka panjang

BERBALOI atau tidak? Bayar RM1 untuk berhibur dengan kos rendah, tetapi kesannya mampu menjadikan diri merana untuk satu jangka masa panjang. Mana lebih penting, kepuasan melalak atau menjaga deria kurniaan tuhan?

Itulah persoalan yang wajar diberi perhatian apabila membicarakan trend masyarakat kini yang gemar memilih pelbagai alternatif hiburan dengan kos rendah, namun pada masa sama mengetepikan pelbagai risiko yang kemungkinan berbangkit pada kemudian hari.

Kegilaan berhibur dengan kos rendah kini menular pula kepada satu alternatif hiburan yang bukan baru tetapi semakin mendapat sambutan iaitu pusat karaoke mini atau lebih popular dengan gelaran karaoke jamban oleh kebanyakan generasi muda.



Konsep hiburan itu dirasakan amat berbaloi bagi mereka kerana dengan membayar sebanyak RM1 bagi sebuah lagu, kepuasan yang dinikmati dirasakan mencapai tahap maksimum, apatah lagi apabila dalam ruang sempit sebesar tandas awam, pengunjung bebas melalak tanpa ada batasan.

Namun, tanpa sedar, pengunjungnya tidak tahu sebenarnya mereka menempah bala yang akan merampas deria pendengaran selepas satu tempoh menjadikan hobi itu sebagai rutin, malah kewajipan pada setiap minggu, bersantai sambil memekak.



Menggunakan alat pengukur paras bunyi, bacaan terhasil menunjukkan angka memeranjatkan iaitu mencecah hampir 120 desibel (dB), satu paras bunyi yang menurut Mohd Almyzan melampaui keupayaan pendengaran manusia biasa.

Apa tidaknya, kata beliau, gegendang telinga manusia hanya mampu menampung bunyi sehingga 80dB dan apa saja bunyi yang melebihi paras itu diklasifikasikan sebagai berbahaya dan mampu meragut deria pendengaran, sama ada sementara atau kekal selamanya.



Malah, katanya, keadaan dalam karaoke jamban lebih mengundang risiko tinggi berbanding pendedahan kepada bunyi kuat di tempat lain kerana di situ, pengunjung akan berada dalam satu ru ang sempit dan tiada elemen lain yang mampu menyerap bunyi kuat itu selain tubuh individu itu sendiri.


sumber-jiwang.org
Baca Lagi...

Friday, September 11, 2009

Download-Geng Pengembaraan Bermula



Yang ditunggu-tunggu peminat Upin Ipin..Versi DVDrip,gambar cantik link download di bawah..
Sinopsis:
Bosan bercuti di rumah, Badrol mengajak kawan karibnya Lim untuk balik ke kampung Datuknya untuk merasakan suasana musim durian. Tetapi percutian mereka telah bertukar menjadi satu pengalaman yang tidak disangkakan, dimana mereka telah terlibat dengan pembongkaran misteri yang menyelubungi kampung datuk Badrul.Bersama kawan-kawan baru mereka, Rajoo si pembisik haiwan, Ros si gadis kampung, dan adik kembarnya Upin dan Ipin, mereka bekerjasama untuk mendedahkan rahsia yang menghantui kampung itu.

Part 1
Part 2
Part 3

Untuk extract kena pakai HJsplit untuk join part,pastu baru extract...

to :o
kredit: ottel-zone
Baca Lagi...

Video-Lawak Best Abon


Tengah usha2 tenet td terjumpa satu video lawak yg buat urat kepala tegang gelak terbahak bahak,jangan sampai terover sangat dah ler..kang abih pahala posa korang.Lawak Abon nie memang best antara pelawak2 yg ada sekarang nie yg lawak ntah ape2.korang layan jer lah..


ini citer untuk siaran Singapore rasanyer...
Baca Lagi...

Thursday, September 10, 2009

Wanita-Bahaya Kepak Ayam

Kepak ayam percik,kepak ayam bbq,kepak ayam goreng dan bermacam lagi menu yang berasaskan kepak ayam terdapat didunia ni.Sedap...memang sedap,baik org tua,dewasa lelaki atau wanita ataupun kanak2 semua suka makan kepak ayam.Disini bukan nak citer pasal resepi atau pasal ayam,tp pasal penggemar kepak ayam ni..ambik PERHATIAN!!..sbb risiko yg terpaksa di tanggung akibat sedap yg hanya mungkin 1-2minit menyebabkan derita ke akhir hayat.Citer nih khusus untuk wanita dan lelaki juga amnya kerana ia boleh menyebabkan kanser/tumor pada ovari wanita penggemar kepak ayam nih bagi satu jangka masa panjang.Ini ada email yg menceritakan pengalaman kawan beliau yg mengidapnya..korang bacalah sendiri('Sori dalam english..maleh nak translate')
"A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove it.

The cyst removed was filled with a dark colored blood. She thought that she would be recovered after the surgery but! She was terribly wrong.

A relapse occurred just a few months later. Distressed, she rushed down to her gynecologist for a consultation.

During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her.

He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits.

You see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met.

This need is none other than the need for food.

Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings.

Therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists.
These steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth.

It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb. Therefore, I advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!"

kredit : funkydowntown.com
Baca Lagi...

Wednesday, September 9, 2009

Pesta Memancing Ikan Di Nigeria



Pesta Argungu atau Pesta Memancing yg diraikan setiap tahun dan menarik ribuan penyertaan pemancing setiap pelusuk Nigeria diadakan di Sungai Matan Fada,Nigeria.Berdasarkan masa yang ditetapkan pemenang dinilai kepada saiz/berat,siapa dapat menangkap ikan paling berat dialah dinobatkan sebagai pemenang.Gambar dibawah...












































Baca Lagi...
 

PENGIKUT SETIA

DISEBALIK

free counters Google PageRank Checker

BELACAN™ Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal