Download Percuma-Software,Games,Phone,etc!
Powered by Download-Home2u

Saturday, September 12, 2009

Bahaya-Karaoke Bilik Kecil(Bilik Jamban)

TREND KINI: Berkaraoke dalam bilik kecil jadi kegilaan remaja sekarang boleh mendatangkan bahaya kepada pendengaran.
Hiburan dengan bayaran RM1 boleh jejas deria pendengaran dalam jangka panjang

BERBALOI atau tidak? Bayar RM1 untuk berhibur dengan kos rendah, tetapi kesannya mampu menjadikan diri merana untuk satu jangka masa panjang. Mana lebih penting, kepuasan melalak atau menjaga deria kurniaan tuhan?

Itulah persoalan yang wajar diberi perhatian apabila membicarakan trend masyarakat kini yang gemar memilih pelbagai alternatif hiburan dengan kos rendah, namun pada masa sama mengetepikan pelbagai risiko yang kemungkinan berbangkit pada kemudian hari.

Kegilaan berhibur dengan kos rendah kini menular pula kepada satu alternatif hiburan yang bukan baru tetapi semakin mendapat sambutan iaitu pusat karaoke mini atau lebih popular dengan gelaran karaoke jamban oleh kebanyakan generasi muda.



Konsep hiburan itu dirasakan amat berbaloi bagi mereka kerana dengan membayar sebanyak RM1 bagi sebuah lagu, kepuasan yang dinikmati dirasakan mencapai tahap maksimum, apatah lagi apabila dalam ruang sempit sebesar tandas awam, pengunjung bebas melalak tanpa ada batasan.

Namun, tanpa sedar, pengunjungnya tidak tahu sebenarnya mereka menempah bala yang akan merampas deria pendengaran selepas satu tempoh menjadikan hobi itu sebagai rutin, malah kewajipan pada setiap minggu, bersantai sambil memekak.



Menggunakan alat pengukur paras bunyi, bacaan terhasil menunjukkan angka memeranjatkan iaitu mencecah hampir 120 desibel (dB), satu paras bunyi yang menurut Mohd Almyzan melampaui keupayaan pendengaran manusia biasa.

Apa tidaknya, kata beliau, gegendang telinga manusia hanya mampu menampung bunyi sehingga 80dB dan apa saja bunyi yang melebihi paras itu diklasifikasikan sebagai berbahaya dan mampu meragut deria pendengaran, sama ada sementara atau kekal selamanya.



Malah, katanya, keadaan dalam karaoke jamban lebih mengundang risiko tinggi berbanding pendedahan kepada bunyi kuat di tempat lain kerana di situ, pengunjung akan berada dalam satu ru ang sempit dan tiada elemen lain yang mampu menyerap bunyi kuat itu selain tubuh individu itu sendiri.


sumber-jiwang.org

0 comments:

Post a Comment

 

PENGIKUT SETIA

DISEBALIK

free counters Google PageRank Checker

BELACAN™ Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal