Sebagai anak jati negeri P.Pinang,perkataan Boria mmg cukup terkenal di tempat kelahiran.Ada sesetengah tu menjadikan perkataan Boria satu bahan jenaka/lawak.Teringat dulu kecik2,kalau pakai pakaian serupa dalam 2-3 org,akan diejek pasukan Boria walaupun pakai jersi bola.Dulu masa kecik2 tak tau pun apa tu Boria,yg tahu Boria tuh adalah satu jenis persembahan nyanyian berkumpulan dan memakai pakaian yg sama.Timbul rasa ingin tahu apa itu Boria dan fakta2 mengenai Boria itu sendiri.Post kali nih nak citer sikit tentang Boria serba ringkas bersempena menyambut kemerdekaan M'sia yg ke 52thn.Penting juga amik tahu sbb ia juga salah satu keunikan Malaysia seperti Makyong,Gamelan dan lain2.
Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi.
Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan.
Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian, harmonika adalah digalakkan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
(di bawah petikan dari : http://warisanboria.blogspot.com/)
Maafkan saya kerana terpaksa berterus terang menjelaskan di sini mengenai kekeliruan gambar dan catatan mengenai boria yang kerap saya dapati dari bahan-bahan rujukan mengenai boria Pulau Pinang. Ramai juga mereka-mereka yang baru ingin mendalami seni warisan boria bertanyakan saya mengenai gambar yang saya paparkan ini. Sila lihat gambar ini.... ada yang tanya, di akhir persembahan boria kena buat permainan akrobatik ka?
Jawapannya, boria tetap boria... Boria bukan tarian. Bukan akrobatik. Kalau menyerupai tarian, itu tarianlah namanya... bukan boria. Jika menyerupai akrobatik, itu akrobatiklah namanya... bukan juga boria. Jika kita nak pisahkan boria dengan seni yang lain senang saja....
1. Boria ada sketsa/cerita/lakonan boria... kalau lain daripada itu bukanlah boria.
2. Boria ada tukang karang.... pegang tongkat penunjuk/baton sambil menyampaikan rangkap karangan boria....kalau lain daripada itu bukanlah boria.
3. Boria ada rangkap karangan, susunan sukukata atau rima hujungnya sama setiap rangkap.... kalau lain daripada itu bukanlah boria.
4. Tukang karang boria menyampaikan karangan dengan suara lantang, jelas mengikut irama lagu.... kalau menyanyi itu pun bukan borialah... itu kita panggil penyanyi.
5. Boria ada sailor/kelasi di belakang tukang karang sambil bergerak mengikut step boria... kalau menari tu dipanggil penarilah atau tarian... bukannya boria.
6. Boria ada lagu masuk dan lagu keluar.... kalau yang lain tu kita panggil lagu sudahlah.
7. Sailor/kelasi mengulangi rangkap karangan yang disampaikan oleh tukang karang (biasanya dipermulaan dan akhir. Boleh juga yang lain.... tapi kalau sailor/kelasi tak menyanyi itu bukan borialah....
8. Boria tu borialah.... senang! tak payah nak pening-peningkan kepala.....
Video Boria P.Pinang.
0 comments:
Post a Comment